Snapchat Disaman Kerana Menyebabkan Kemalangan?!

Wentworth Maynard memuat naik gambar dirinya selepas kemalangan tersebut berbunyi "Lucky to be alive".
Wentworth Maynard memuat naik gambar dirinya selepas kemalangan tersebut berbunyi “Lucky to be alive”.

Snapchat adalah aplikasi sosial yang editor tidak pernah tahu bagaimana untuk menggunakannya. Terbaru, Snapchat telah disaman oleh seorang mangsa kemalangan di Amerika Syarikat kerana dituduh menyebabkan kemalangan.

Wentworth Maynard, menyaman Snapchat di Atlanta, Amerika Syarikat selepas keretanya dirempuh dari belakang pada kelajuan 172 kilometer sejam. Mengapa Snapchat yang disaman dan bukannya pemandu? Wentworth Maynard mendakwa filter Miles Per Hour yang disediakan oleh Snapchat digunakan oleh pemandu ketika berlakunya kemalangan tersebut.

Pic 1
Kereta Wentworth Maynard yang remuk akibat dirempuh dari belakang pada kelajuan 172 km/s.

Oleh itu, dia berpendapat Snapchat seharusnya bertanggungjawab kerana telah menyediakan filter yang menggalakkan penggunaan aplikasi tersebut ketika kenderaan dipandu laju. Mangsa yang meminta ganti rugi bagi menanggung kos perubatan dan penjagaan seumur hidup kerana telah mengalami kecederaan otak yang amat serius.

Christal McGee, pemandu yang melanggar Wentworth Maynard pula hanya mengalami kecederaan kecil dan sempat memuat naik gambarnya selepas berlakunya kemalangan. Pada pendapat anda, adakah wajar Wentworth Maynard menyaman Snapchat? Adakah wajar menggunakan smartphone semasa memandu?

 

You might also like