
Sony kini muncul dengan model baru mereka iaitu, MASTER A9G 4K OLED TV untuk pasaran tempatan. Memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna, barisan produk baru ini menyajikan kualiti yang gambar, kejelasan dan kontras yang lebih baik.

Barisan MASTER A9G 4K OLED TV didatang dalam tiga saiz yang berbeza iaitu 55 inci, 65inci dan 77inci. Ia didatangkan dengan rekaan yang nipis bersama sudut tontonan luas dengan 8 juta piksel dan dikawal oleh pemproses gambar X1 Ultimate.
Selain itu, terdapat juga Pixel Contrast Booster dan 4K High Dinamik Range bagi meningkatkan warna serta kontras. Tidak ketinggalan, ia juga dilengkapi Acoustic Surface Audio+ untuk pengalaman bunyi lebih sempurna.
https://youtu.be/Pq8JkcXPEQk
Di samping itu, televisyen ini juga boleh berintergrasi sebagai sebuah TV Android yang menyokong pelbagai aplikasi seperti Google Play, YouTube, Netflix dan Amazon. Bagi yang berminat, harga yang ditawarkan adalah seperti di bawah :
- MASTER A9G 4K OLED TV 55″ – RM11,949
- MASTER A9G 4K OLED TV 65″ – RM18,399
- MASTER A9G 4K OLED TV 77″ – RM49,999

