Tips Elak Kesesakan Lalu Lintas Pada Bulan Ramadhan Dengan Waze

Tidak lama lagi kita bakal menyambut Ramadhan al Mubarak. Ramadan merupakan sebuah bulan yang penuh dengan kesabaran. Namun kadang-kadang kesabaran itu teruji, lebih-lebih lagi bila ianya berkaitan dengan kesesakan trafik . Oleh itu, Waze berkongsi tips untuk elak trafik yang sibuk dan rancang perjalanan dengan bijak.

 

  • Masa Terbaik ke Tempat Kerja

Waze menjangkakan perjalanan menuju ke tempat kerja mengalami trafik yang lebih sesak berbanding ketika pulang ke rumah. Trafik dijangkakan sesak dari jam 8 pagi hingga 11 pagi dan beransur pulih pada jam 3 petang. Oleh itu, Waze menasihatkan orang ramai agar keluar dari rumah lebih awal atau sebelum jam 8 pagi.

 

  • Masa Terbaik Kunjungi Ke Restoran Makanan Segera

Menurut Waze, selepas jam 9 malam merupakan waktu yang sesuai untuk berkunjung ke restoran makanan segera – terutamanya jam 12 tengah malam hingga 5 pagi. Elakkan berkungjung ke restoran makanan segera pada jam 4 petang hingga 7 malam kerana waktu tersebut orang ramai sedang bersiap sedia untuk berbuka puasa.

 

  • Masa Terbaik Kunjungi Ke Pusat Beli-Belah

Waze memaklumkan pusat beli belah di seluruh Malaysia sentiasa ‘pack’ pada jam 12 tengah hari hingga 4 petang – waktu paling ‘pack’ adalah jam 5 hingga 6 petang. Oleh itu, bagi mereka yang memerlukan ‘terapi beli belah’, anda oleh mengunjungi pusat beli belah selepas jam 7 petang dan keatas.

 

  • Masa Terbaik Untuk Singgah ke Bank

Waze memaklumkan trafik menuju ke bank-bank di seluruh Malaysia menunjukkan data turun naik sepanjang hari. Bermula jam 7 hingga 9 pagi, terdapat peningkatan yang stabil. Ia terus selepas bank dibuka pada 9.30 pagi dan menjadi penuh muali jam 12 tengah hari hingga 3 petang. Oleh itu, Waze mencadangkan anda membuat urusan pengeluaran wang tunai di ATM selepas jam 4 petang – orang ramai beransur kurang pada waktu tersebut.

 

  • Masa Terbaik Kunjungi Stesen Minyak

Waze mencadangakan anda mengisi minyak seawal sekitar jam 8 pagi kerna tidak perlu beratur. Bilangan orang bertambah mulai pukul 9 pagi sehingga ke waktu puncak iaitu pada jam 3 – 6 petang. Sebagai alternatif, anda juga boleh mengisi minyak selepas jam 7 malam kerana keadaan beransur lengang pada waktu itu.

Muat turun aplikasi Waze secara percuma menerusi :

You might also like