
Samsung Dedahkan Galaxy A70, Rekaan Menarik Dengan Spesifikasi Luar Biasa
Samsung Electronics Co., Ltd. hari ini mendedahkan Galaxy A70 yang mana ia disertakan dengan ciri yang tinggi dan rekaan yang menarik.
Peranti yang cantik ini disertakan dengan paparan skrin 6.7-inci Super AMOLED dengan nisbah 20:9 daripada panel Infinity-U yang pastinya memberikan paparan yang sangat luas.Ia turut disertakan dengan pilihan RAM 6GB atau 8GB dan disertakan dengan storan sebesar 128GB. Peranti ini juga boleh ditambah dengan kad mikroSD sehingga 512GB.
Jika dilihat daripada aspek kameranya, ia disertakan dengan 32MP (f/1,7) + 8MP (Ultra-lebar 123 darjah) + 5MP bagi kamera belakang. Manakala kamera hadapan pula tersedia dengan 32MP(F/2.0) yang menjanjikan gambar swafoto yang terbaik.

Dari aspek kapasiti baterinya juga tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan 4500mAh dan disertakan dengan sokongan pengecasan pantas 25W. Ia juga turut dihadirkan dengan pengecaman cap jari yang ditanam pada skrin. Apa yang pasti, peranti ini disertakan dengan 3 varian warna iaitu Biru, Hitam dan putih.
Berikut merupakan spesifikasi penuh peranti ini:
|
spesifikasi |
Galaxy A70 |
|
|
Paparan |
6.7 inci FHD+ (1080×2400) | |
| Super AMOLED | ||
| Infinity-U Display | ||
|
Kamera |
Belakang |
Utama: 32MP, F1.7
Ultra Wide: 8MP, F2.2 (123°) Depth: 5MP, F2.2 |
|
Hadapan |
Swafoto: 32MP, F2.0 | |
|
Ukuran Fizikal |
164.2 x 76.7 x 7.9mm | |
|
AP |
Octa Core, (Dual 2.0GHz + Hexa 1.7GHz) | |
|
Memori |
8 GB RAM | |
| 128 GB storan dalaman | ||
| Micro SD slot (sehingga 512 GB) | ||
|
Kad Sim |
Dual SIM (3 slot) | |
|
Bateri |
4,500 mAh
Super Fast Charging |
|
|
Sistem Operasi (OS) |
Android 9.0 (Pie) | |
|
Keselamatan |
Pengecaman cap Jari Atas Skrin, Pengecaman wajah | |
|
Color |
Hitam, Biru danPutih | |
|
Rekaan |
3D Glasstic | |
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan Galaxy A yang akan didedahkan pada ‘Galaxy Event’ yang akan berlangsung pada 10 April. Bagi mendapatkan maklumat mengenai Galaxy A, layari laman sesawang Samsung.

