
vivo mengumumkan kerjasama bersama Tenvent dan PUBG Corporation sekaligus menjadikan jenama telefon pintar itu sebagai sebagai penaja dan penyedia rasmi telefon untuk kejohanan PUBG MOBILE Club Open 2019.
https://www.facebook.com/VivoMalaysia/photos/a.285474328280100/1298448990315957/?type=3
Hadiah yang ditawarkan agak lumayan – sebanyak $2.5M USD menjadi taruhan dan kumpulan yang berada di 10 senarai teratas akan berentap untuk merebut hadiah utama menerusi ketegori Spring Splits & Fall Splits.

Untuk makluman, PUBG MOBILE Club Open 2019 merupakan satu kejohanan permainan mudah alih terbesar dunia dan pusingan kelayakan telah bermula pada 22 Mac lalu. Spring Splits bakal berlangsung pada Julai depan, manakala Fall Splits akan diadakan pada Disember kelak Maklumat lanjut, layari PUBG Mobile atau vivo Malaysia.

