Reviu Eksklusif: Xiaomi Mi11 Tampil Dengan skrin 120Hz 2K 10bit + SD888 + Kamera Utama 108MP berharga dari RM2799!

iaomi Mi11 akhirnya tiba di Malaysia! Peranti ini bukannya dihasilkan untuk menggantikan siri Mi10, tetapi untuk melancarkan peranti yang terunggul dengan pemproses yang terkuat  – Snapdragon 888! Walaubagaimanapun, admin seperti majoriti Mi Fans hanya dapat melihat penampilan dan data ujian peranti ini di Internet, tetapi sekarang peranti ini dah ada di tangan admin! Terima kasih kepada Xiaomi Malaysia kerana menyediakan model ujian Mi11 yang cantik untuk reviu admin!

Peranti ini juga merupakan model cip Snapdragon 888 pertama admin, jadi admin ingin memberi pengalaman yang praktikal kepada korang. Bagaimanakah reka bentuk Mi11? Adakah pemprosesnya tidak sebaik seperti yang diuji? Macam mana skrinnya? Bagaimanakah prestasi kameranya? Apakah keburukannya? Semua jawapan ada di bawah reviu ini, jom tengok!

Rupa Paras Xiaomi Mi11

Reka bentuk luaran Mi11 sesuai dengan gaya flagship yang biasa. Skrin depan dibuat daripada kaca Corning Gorilla Victus yang paling keras. Lubang suara atas mempunyai reka bentuk yang tersembunyi, dan bahan kaca di bahagian belakang ialah Corning generasi kelima Gorilla Glass.

 Peranti ini juga menyediakan matte yang anti cap jari, teksturnya sangat selesa, dan terpentingnya kesan visualnya sangat cantik! Terdapat bingkai logam di tengahnya. Pembesar suara kiri, mikrofon dan pemancar inframerah diaturkan di atas, dan slot kad/ port pengisian Jenis-C, mikrofon dan pembesar suara kanan ada di bahagian bawah. Bahagian atas dan bawah mempunyai reka bentuk rata supaya telefon boleh berdiri tegak.

Modul kamera di bahagian belakang kelihatan macam bentuk mata robot di Sky Castle, Hayao Miyazaki. Jika diletakkan rata, bahagian atasnya akan menonjol, dan lensanya yang mempunyai rim perak akan ‘kena’. Apakah pendapat korang yang mempunyai gangguan kecelaruan obsesif kompulsif? Ketebalan peranti ini ialah 8.1mm dan beratnya ialah 196g, memang tidak dijangka bahawa peranti ini begitu ringan!

Skrin Melengkung 6.81 Inci 1B 10bit 2K AMOLED

Bahagian depan Mi11 dilengkapi dengan skrin berlubang AMOLED 2K yang berukuran 6.81 inci  dengan kepadatan piksel 515 ppi. Yang menakjubkan ialah peranti ini menyokong paparan gamut warna tingkat atas 1B 10bit. Peralihan warna lebih sempurna, gamut warna lebih luas, dan pemulihannya lebih dekat dengan kenyataan! Di samping itu, Mi11 juga menyokong kadar penyegaran 120Hz, kadar pensampelan sentuhan 480Hz, kecerahan HDR10 + dan 1500 nit.

Pengguna yang ingin mempunyai paparan yang lebih baik, korang juga boleh menggunakan super piksel yang sedia ada, pengoptimuman gambar AI, pengoptimuman AI HDR dan MEMC yang meningkatkan pengalaman visual! Yang perlu disebutkan ialah pilihan 120Hz Mi11 tidak perlu dikurangkan menjadi FHD seperti SAMSUNG, tetapi menyokong resolusi 2K 24/7, memang hebat! Admin tidak menyukai rekaan melengkungnya. Hal ini demikian kerana rekaan ini bukan sahaja susah mencari skrin pelindung, tetapi keempat-empat sudut kelihatan lebih tebal!

Pelancaran Cip Snapdragon 888 Yang Terkuat

Semua orang mengetahui bahawa Mi11 ialah penyokong pertama bagi Snapdragon 888. Berdasarkan proses 5nm generasi yang baru, pemproses ini terdiri daripada 1 × 2.84GHz Kryo 680 + 3 × 2.42GHz Kryo 680 + 4 × 1.80GHz Kryo 680. Seni binanya mempunyai potensi yang tidak terhad. Pemproses ini juga dapat menandingi dan bahkan melepasi Apple A14, Exynos 2100 dan Kirin 9000 yang terkini! Dari segi GPU, Adreno 660 yang terkuat bertanggungjawab untuk output dan meningkat sebanyak 35% berbanding dengan Adreno 650.

Penggunaan kuasanya juga telah dioptimumkan sebanyak 20%. Kedua-duanya bersama menjadi cip yang terbaik, dan semua pengguna yang mengejar prestasi ingin mendapatkannya! Selepas ujian yang dijalankan oleh AnTuTu, Mi11 mengalahkan orang ramai tanpa tekanan dan menduduki tempat pertama!

Ujian Permainan

Xiaomi Mi11 dilengkapi dengan PUBG Mobile, admin menggunakannya untuk membuat ujian permainan secara langsung. Dari segi kualiti gambar, Mi11 menyokong hingga HDR dengan kadar bingkai “ekstrim”, tetapi tidak ada pilihan 90Hz. Rasanya sedikit membazirkan dengan skrin penyegaran tinggi 120Hz! Semasa bermain permainan ini, langsung tiada ada tanda lag dengan menggunakan 60FPS hampir dalam seluruh permainan, Adreno 660 dari Snapdragon 888 memang luar biasa! 

Dari segi cengkaman tangan, mungkin ini pertama kalinya admin menggunakan skrin yang sebesar 6.81 inci. Semasa admin menggunakannya, admin rasa jari admin tidak dapat mencapai kedudukan tertentu yang biasa admin jangkau, tetapi hanya ada masalah dengan susun atur butangnya. Cengkaman keseluruhannya bagus, tetapi pelesapan panas ialah masalahnya. Dalam masa sepertiga yang bermula, pengalamannya agak baik, tetapi admin rasa peranti ini agak panas dalam masa dua pertiga yang kemudian. Peranti ini tidak akan terlalu panas ataupun menjejaskan operasinya. Keadaan keseluruhan jauh lebih baik daripada yang dijangkakan!

Ujian Pembesar Suara

Sebagai peranti flagship, Mi11 mempunyai konfigurasi yang baik, termasuk pembesar suara! Peranti ini bukan sahaja waris dua pembesar suara yang terdapat di generasi sebelumnya, dan mempunyai kualiti suara yang disijilkan oleh Harman Kardon! Semasa reviu, admin mendapati bahawa prestasi stereo Mi11 memang hebat walaupun dalam keadaan suara yang terkuat. Julat tengah dan treble juga sangat kuat. Pada masa yang sama, bahagian bassnya agak kuat, dapat menampilkan pelbagai tahap bass dengan sempurna!

Peranti ini amat menakjubkan dari segi pengalaman menonton drama ataupun bermain permainan, tetapi admin selalu rasa bahawa pembesar suara bawah lebih kuat daripada yang teratas. Admin pun tak pasti sama ada admin terlalu peka! Walaupun sukar untuk rasanya jika korang tidak dengar dengan teliti, admin harap yang ini berlaku dalam mesin ujian ini sahaja, bukan masalah yang besar!

Hayat Bateri / Kelajuan Pengecasan

Mi11 mempunyai bateri berkapasiti 4600mAh, dan peranti ini terbahagi kepada dua bahagian untuk mendapat kelajuan pengecasan yang lebih pantas. Kapasiti bateri 4600mAh memang lebih kurang daripada 4780mAh yang sedia ada dalam Mi10, korang akan rasa bahawa peningkatan skrin dan penurunan kuasa adalah beban yang berganda untuknya, betul? Admin rasa Snapdragon 888 mempunyai kelebihan dari segi penggunaan kuasa yang rendah, dan jangka hayat bateri yang sebenarnya tidak ada banyak perbezaan.

Di samping itu, kadar penyegaran skrin 120Hz juga akan dikurangkan mengikut penggunaan peranti yang tidak aktif. Dengan kelebihannya yang terdapat dua bateri, pengecasan pantas berwayar Mi11 mencapai 55W, dan hanya memerlukan lima puluh lima minit untuk mengecas sampai penuh, dan pengecasan tanpa wayar menyokong sehingga 50W, memang sangat mudah!

Kamera triple 108MP + Lensa Depan 20MP

Lensa belakang Mi11 membatalkan lensa 2MP dalam Mi10 dan meningkatkan lensa makro 2MP menjadi 5MP. Ketiga-tiga kameranya ialah lensa utama 108MP f / 1.85 + 13MP f / 2.4 ultra lebar + makro 5MP f / 2.4, menggunakan empat penyelesaian dalam satu piksel, dapat merakam video 8K dan HDR10 + dan penstabilan semasa mengambil gambar serta merakam video.

Dengan rangkaian mod rakaman khas yang terbina dalam peranti ini, korang boleh menghasilkan kesan video yang menarik!

Di samping itu, Mi11 juga meringkaskan pelbagai mod pendedahan panjang yang  admin sukai. Tidak banyak syarikat dalam industri yang menggunakannya, tetapi sangat praktikal. Admin cadangkan korang boleh cuba peranti ini! 

Dari segi lensa depan, Mi11 dilengkapi dengan potret diri 20MP f / 2.4. Walaupun tidak mempunyai autofokus, ketajamannya memang bagus, kesan kecantikannya juga cukup menarik, dan mempunyai pengenalan pemandangan AI! Admin hanya dapat mengatakan bahawa hasil gambar Mi11, sama ada penekanan cahaya kuat pada siang hari, penyerapan cahaya dan kawalan kebisingan pada waktu malam, segmentasi kabur potret, dan gambar selfie yang kelihatan semula jadi, semuanya menunjukkan prestasi di atas tahap. Peranti ini boleh dikatakan sebagai kuat dan mengejutkan, admin benar-benar sukai peranti ini!

Berikut adalah hasil gambar sebenar Mi11:

Apa Kata Editor!

Kelebihan:

  • Skrin 6.81 inci 1B 10bit 2K mempunyai kekuatan yang tiada paparan tandingannya
  • Snapdragon 888 yang sangat hebat
  • Pembesar suara dwi harman kardon menunjukkan prestasi yang baik
  • Pengimejan tiga kamera 108MP yang luar biasa
  • Pengecasan pantas tanpa wayar 55W berwayar / 50W dan praktikal

Kekurangan:

  • Sistem pelesapan panas  perlu diperbaiki
  • Tidak ada bicu fon kepala 3.5mm
  • Lensa depan tidak mempunyai autofokus
  • Skrin melengkung menjadikan bingkai sudutnya kelihatan tebal
  • Kaca dan kerangka tengah dapat disambungkan dengan lebih baik
You might also like