
Viadeo
Anda pastinya akan tertarik untuk menggunakan aplikasi Viadeo kerana ia bukan sahaja membolehkan pengguna untuk mencari kawan, tetapi juga syarikat dan pekerjaan yang sesuai dengan jiwa sendiri. Hanya perlu mendaftar masuk aplikasi ini terlebih dahulu, kemudian anda boleh follow syarikat-syarikat yang menarik minat anda. Jangan risau mengenai data-data peribadi akan terdedah kerana pihak Viadeo akan menjaga privasi tersebut.
Selain itu, pengguna juga boleh berkongsi berita, memberi pendapat dan menunjukkan kepakaran yang ada dalam bidang yang digemari. Kepada anda yang baru sahaja ingin membina kerjaya, Viadeo pastinya mampu membentuk masa depan profesional anda.
Muat Turun

