Ketirisan Xiaomi Mi Play Dedah Senarai Spesifikasi & Harga Jualan?

Xiaomi dijadualkan melancarkan telefon pintar baharu mereka, Xiaomi Mi Play pada hari ini. Meskipun belum rasmi, tetapi beberapa imej menunjukkan senarai spesifikasi dan harga peranti tersebut kini telah pun tersebar meluas di media sosial.

Memetik imej tersebar, Xiaomi Mi Play dijangka dikuasakan oleh pemproses MediaTek Helio namun masih tidak diperincikan. Ia  mempunyai memori sebesar 6GB RAM dan pilihan storan dalaman sehingga 128GB . Melengkapinya, bateri berkapasiti 3,000 mAh.

Xiaomi Mi Play juga dikatakan hadir dengan rekaan skrin takuk kecil sebesar titisan air berukuran 5.84 inci. Penyediaan sokongan dwi-kamera utama dilengkapi teknologi AI juga merupakan sebahagian daripada pakej.

Imej bocor tersebut juga mendakwa bahawa harga untuk Xiaomi Mi Play adalah RMB 1,699 kira-kira 1,029) selain turut ditawarkan dengan pakej waranti kemalangan untuk tempoh 12 bulan pada harga CNY99 (kira-kira RM60).

Pun begitu, maklumat tertiris ini bagaimanapun masih belum menemui kesahihan. Sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi kelak!

 

You might also like