[Ura-Ura] Adakah Samsung Bakal Hadir Dengan Peranti Pertama Memiliki 12GB RAM?

RAM juga merupakan salah satu perkara penting yang perlu dinilai terlebih dahulu sebelum membeli telefon pintar. Malah, telah banyak kita lihat jenama yang menghasilkan telefon pintar dengan memori bersaiz 10GB RAM.

Enggan jenamanya tertinggal dalam dunia gajet, Samsung dikhabarkan akan memperkenalkan satu variasi 12GB RAM di samping prestasi yang tidak dapat ditandingi  pada peranti pintar premium keluaran mereka iaitu Samsung Galaxy S10/S10+.

[Ura-Ura] Reka Bentuk Fizikal Samsung Galaxy S10

Berdasarkan khabar yang didengar, model tersebut berkemungkinan juga mempunyai ruang simpanan sehingga 1TB. Pun begitu, masih belum dapat dipastikan lagi sama ada ianya adalah simpanan semata-mata ataupun termasuk sokongan kad microSD.

Dijana oleh cip terbaharu Exynos 9820 (atau mungkin Snapdragon 8150), Galaxy S10 dijangka akan menjadi antara telefon pintar yang pastinya ‘menggegarkan’ acara MWC 2019. Sama-sama kita tunggu & lihat!

[SUMBER]

_____________________________________________________________

Artikel berkaitan:

You might also like