Kolaborasi OnePlus Bersama McLaren Bakal Menghasilkan Telefon Pintar Baharu?!

OnePlus 6T

Jika sebelum ini Huawei pernah bekerjasama dengan Porsche, Honor pula bersama Audi , OPPO dengan Lamborghini, dan kini tiba giliran One Plus pula berkolaborasi bersama McLaren.

Walaupun baru sahaja melancarkan OnePlus 6T bulan lepas diikuti dengan pilihan warna baharu Thunder Purple, nampaknya OnePlus dikhabarkan sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan telefon pintar baharu pada 11 Disember 2018. Lebih menarik, telefon pintar yang ingin dilancarkan adalah hasil kerjasama bersama pengeluar kereta ternama, McLaren.

OnePlus 3T Collette

Jika dilihat kepada kolaborasi ini, ia tidaklah asing buat OnePlus kerana sebelum ini mereka pernah mengeluarkan OnePlus Edisi Terhad iaitu OnePlus 3T Collette, OnePlus 5 JCC+, OnePlus 5T Star Wars dan juga OnePlus 6 Avengers Infinity Wars.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peranti terbaharu OnePlus hasil kerjasama dengan McLaren, sama- sama nantikan 11 Disember 2018 ini.

OnePlus 5 JCC+
OnePlus 6 Avengers Infinity Wars

[SUMBER]

You might also like