Celcom Prihatin Bantu Masyarakat Bersempena Bulan Kemerdekaan!!

Usaha berterusan dalam melawan wabak COVID-19 telah mempengaruhi kehidupan ramai rakyat Malaysia sehingga mereka terpaksa berasingan secara sosial dengan komuniti, tempat kerja, rakan serta ahli keluarga untuk memastikan mereka kekal selamat. Pada Hari Merdeka ini, Celcom Axiata Berhad (Celcom) terus menyelami cabaran serta dugaan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dan terus prihatin dan berdiri bersama mereka.

Sempena ulang tahun ke-64 Kemerdekaan Malaysia, Celcom menyediakan tawaran eksklusif yang memberi penjimatan hebat dan mampu dimiliki. Celcom juga meraikan tema perpaduan dalam sambutan kemerdekaan tahun ini dengan saling berkomunikasi dan meraikan hubungan melalui apa cara pun jua.

Mulai hari ini sehingga 30 September 2021, Jualan iPhone Celcom Merdeka menawarkan penjimatan sehingga RM2,200 untuk model iPhone yang terkini seperti iPhone 12, 12 mini, 11, XR dan SE apabila pelanggan mendaftar pelan pascabayar Celcom MEGA. Selain itu, Celcom turut memperluas sokongan digital yang inklusif bagi komuniti B40 dengan tawaran mudah alih dan peranti yang paling berpatutan, sejajar dengan inisiatif kerajaan seperti Jaringan Prihatin, Internet produktiviti 1GB PERCUMA setiap hari dan Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin.

Kempen Merdeka Celcom yang bertema “U Ok Tak?”, bertujuan mendorong rakyat Malaysia untuk saling bertanya khabar dengan seseorang melalui panggilan telefon, teks ucapan ringkas, video atauapa pun jua interaksi untuk menunjukkan keprihatinan serta ikhlas menyokong sesama sendiri dalam norma baharu yang mencabar ini. Celcom menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk memupuk nilaikasih sayang, menceriakan hati dan mencetus senyuman sesama kita.

You might also like