

Selain Lazada dan Shopee, 11street turut mengumumkan peningkatan mendadak sebanyak enam kali ganda berbanding kadar purata harian tahun 2018 sempena ‘Single’s Day 11.11’. Pencapaian yang memberangsangkan itu juga merupakan dua kali ganda nilai yang dicapai pada tahun lalu.
Jumlah tempahan sepanjang kempen Shopping Madness 11 pada tahun ini juga meningkat tiga kali ganda angka purata tempahan harian pada hari biasa di 2018, 2.6 kali ganda berbanding tahun 2017. Selain peningkatan dalam jumlah tempahan, pelanggan 11street juga mencatatkan purata nilai tempahan yang lebih tinggi menerusi perbelanjaan hampir RM300 bagi setiap pembelian.
Selain itu, semakin ramai pelanggan 11street memilih transaksi mDagang, dipengaruhi oleh kadar penembusan mudah alih yang semakin meningkat di negara ini. Malah, sepanjang jualan Shopping Madness 11, 73% urus niaga pembelian dibuat melalui telefon pintar.
Pengukuhan dalam pilihan mod pembayaran itu juga didorong oleh kepelbagaian kaedah pembayaran yang tersedia kepada pelanggan 11street, termasuk perkhidmatan e-Dompet seperti Boost, sekaligus menjadikan pengalaman membeli-belah dalam talian lebih mudah dan lancar!
Pelanggan masih berpeluang untuk menikmati ‘Madness Heaven’ dengan tawaran-tawaran kilat sehingga 14 November 2018. Sementara, kempen ‘The Madness Continues’ pula akan berlangsung sehingga 27 November 2018 dengan pelbagai diskaun hebat, penghantaran percuma serta tawaran gabungan serta kilat sehingga LIMA KALI SEHARI!
Layari laman rasmi 11street untuk kempen dan promosi hebat!

