Rasmi! OPPO R17 Pro Bakal ‘Bertemu’ Pengguna Tempatan Pada 22 November 2018

OPPO Malaysia hari ini membawakan berita gembira apabila mengesahkan bahawa telefon pintar terbaharu keluaran mereka iaitu OPPO R17 Pro bakal bertemu pengguna tempatan pada 22 November depan!

Dengan tema “Seize the night”, majlis pelancaran itu akan diserikan lagi dengan kehadiran ahli squad selebriti tempatan OPPO iaitu MinChen dan Zahirah Macwilson.

Sebagai peneraju telefon pintar yang memberi tumpuan untuk membawakan inovasi lebih maju, OPPO amat memahami keperluan fotografi pengguna dan telah menghasilkan telefon sewajarnya iaitu OPPO R17 Pro.

R17 Pro dilengkapi kamera utama yang hadir dengan dua pilihan bukaan pintar iaitu f/2.4 dan f/1.5 – setiap kali kamera mengesan keadaan yang cerah, aperture akan beralih ke f/2.4 bagi menghasilkan gambar yang lebih tajam dan jelas.

Sementara itu, pada persekitaran yang gelap pula, lensa secara automatik akan bertukar ke aperture f/1.5 bagi membolehkan cahaya masuk dan seterusnya menghasilkan gambar yang lebih cerah serta jelas.

Baca Juga :

 

You might also like