Digi Kemas Kini Laman Sesawang & Aplikasi Mesra OKU!!

Ada satu berita baik buat golongan orang kelainan upaya (OKU) apabila Digi telah mengumumkan bahawa laman sesawang dan aplikasi telah dikemas kini yang mana ia sesuai bagi golongan ini.

Antara kemaskini yang telah dilakukan adalah teks alternatid, tulisan yang lebih mudah dibaca, ikon yang lebih jelas dan banyak lagi.

Dalam pada itu, Digi turut memperkenalkan plan pascabayar dan rebat bagi pengguna yang berumur 60 tahun ke atas.

Digi juga turut melancarkan Inclusive Digital Touchpoints Playbook yang mana ia memudahkan lagi golongan OKU mengakses.

You might also like