
Berikutan pelancaran pelan jalur lebar fiber paling berpatutan pada bulan Ogos lepas, Maxis telah menerima lebih daripada 40,000 pelanggan baharu dan sedia ada. Sebagai sebahagian daripada proses pemasangan, lebih kurang 600 kakitangan Maxis telah berkumpul untuk mengambil bahagian dalam kempen ‘Fibrenation Box Swap’ untuk menyokong sambutan baik terhadap pelan-pelan ini dengan melawat 1,500 kediaman dan perniagaan di seluruh negara.
Disokong oleh rangkaian fiber berkelajuan tinggi yang lebih maju dan perkhidmatan yang lebih baik, ia menawarkan kelajuan sehingga 100Mbps dan pada harga sehingga 65% lebih rendah berbanding pelan-pelan sebelum ini serta pelan perniagaan paling berpatutuan di pasaran.

Disertai oleh Maxperts, kakitangan telah memulakan lawatan ke rumah dan premis perniagaan para pelanggan untuk menukar semua router WiFi band tunggal (single band) kepada router dwi-band yang mampu memaksimumkan peningkatan kelajuan pada WiFi.
Untuk perniagaan, router baharu ini dilengkapi dengan Internet sandaran tanpa wayar 4G automatik sedia ada melalui SIM bagi memastikan mereka sentiasa tersambung dan termasuk router gred perniagaan yang sudah bersedia untuk permintaan masa depan, yang akan membolehkan peningkatan kelajuan tambahan apabila ia tersedia. Terdapat juga pilihan fleksibel tambahan untuk memilih pelbagai penyelesaian tambahan berdasarkan keperluan khusus perniagaan mereka.

Router ini akan dipasang tanpa caj tambahan. Oleh itu, pelanggan sedia ada yang ingin menukar pelan mereka akan dikontrak semula selama 24 bulan dan bukannya secara automatik. Semua pelanggan sedia ada boleh beralih ke pelan baharu ini dengan mengisi borang di sini.
Sesiapa yang berminat boleh mendaftar dan melanggan pelan-pelan ini dengan melawat Maxis Fibrenation, dan mengisi borang.
Untuk melihat bagaimana router yang dinaik taraf ini memberikan pengalaman Internet yang lebih baik, saksikan video dibawah.

