Reviu Eksklusif: TP-LINK neffos C5 Kemunculan Pertama Yang Tidak Mengecewakan!

neffos-c5l-dark-grey-468124525821HARGA: RM539

TP-LINK yang merupakan sebuah syarikat yang terkenal dengan penghasilan produk rangkaian seperti router, kini buat pertama kalinya telah memasuki arena dunia telekomunikasi melalui kemunculan smartphone dari siri neffos. Disasarkan untuk pasaran mampu milik ini, tiga model telah diperkenalkan iaitu neffos C5L, neffos C5 dan juga neffos C5 Max. Untuk ruangan ini editor telah menerima model pertengahan iaitu neffos C5 dan apa yang pasti, kemunculan pertama smartphone keluaran TP-LINK ini tidaklah mengecewakan. LAYARI FB: FACEBOOK

  • Sistem Operasi: Android 5.1 Lollipop
  • CPU: MediaTek MT6735 Quad-core 1.3GHz
  • Kad SIM: Dual SIM / micro SIM
  • Memori: 16GB ROM, 2GB RAM
  • Kad microSD: Sehingga 32GB
  • Kamera Utama: 8 Megapiksel
  • Flash/Auto Fokus: Dual LED flash / √
  • Kamera Depan: 5 Megapiksel
  • Radio FM: √
  • Bluetooth: √
  • WiFi: 802.11 b/g/n
  • LTE: SIM 1 & SIM 2
  • Bateri: 2200 mAh

FIZIKAL

Panel Depanpic 1 - Panel DepanTP-LINK neffos C5 hadir dengan panel depan yang agak menarik kerana bezel pada bahagian atas dan sisinya tampil dengan warna hitam, manakala bezel bahagian bawahnya pula tampil dalam warna putih. Konsep rekaan sebegini sebenarnya agak bijak kerana saiz bezel yang agak besar berjaya disembunyikan apabila berada dalam mod standby.

Skrin 5 Inci HDpic 2 - Skrin 5 Inci HDSokongan skrin sentuh berukuran 5.0 inci dengan resolusi 720×1280 piksel ini masih mampu memaparkan imej dengan baik melalui sokongan kepadatan piksel yang mencecah hampir 293ppi. Walau bagaimanapun, bahagian bawah paparan skrin telah digunakan bagi menempatkan butang kawalan jenis on-screen.

Panel Belakangpic 3 - Panel BelakangPanel belakang neffos C5 kelihatan lebih ringkas rekaannya tetapi praktikal. Pada bahagian atas telah ditempatkan lensa utama beresolusi 8 Megapiksel dengan sokongan Dual LED Flash yang sangat terang. Manakala bahagian bawahnya pula boleh ditemui lubang speaker yang menyokong kekuatan audio yang baik walaupun ianya diletakkan pada permukaan rata.

Slot Kad & Bateripic 4 - Slot Kad BateriUntuk mengakses slot kad sim, kad microSD dan juga bateri, anda hanya perlu membuka penutup bateri yang diperbuat daripada plastik. Namun begitu, anda terlebih dahulu mengeluarkan bateri dari slotnya untuk mengakses ketiga-tiga slot yang hadir secara berasingan itu. Memandangkan slot ini tidak menyokong mekanisma spring, anda perlu menggunakan pin untuk keluarkan kad SIM.

APLIKASI MENARIK

ThemesThemesSokongan aplikasi Themes berupaya menjadikan neffos C5 anda tampil dengan antaramuka yang lebih menarik. Selain dilengkapi dengan pelbagai pilihan tema pra-pasang, anda juga boleh menukarkan imej latar, paparan lockscreen, dan juga jenis fon secara berasingan. Walau bagaimanapun, ada di antara tema tersebut yang perlu dibayar sebelum boleh dimuat turun.

System ManagementSystem ManagementTanpa perlu memuat turun aplikasi pihak ketiga, anda kini boleh menguruskan peranti dengan bantuan aplikasi System Management. Terdapat enam menu utama disediakan iaitu pengurusan aplikasi, pembersihan memori, penjimatan bateri, penjimatan data, kebenaran aplikasi, dan juga pengurusan notifikasi.

Hidden AppsHidden AppsAntaramuka neffos C5 juga turut disediakan dengan satu fungsi yang membolehkan anda untuk menyembunyikan aplikasi daripada dipaparkan pada paparan skrin. Untuk mengakses fungsi tersebut, anda hanya perlu meleretkan dua jari pada paparan skrin dan klik sahaja pada ikon “+” untuk memilih aplikasi yang ingin disembunyikan.

Photo EditorPhoto EditorProses suntingan gambar juga boleh dibuat dengan adanya aplikasi pra-pasang Photo Editor yang menyokong sehingga 9 menu suntingan. Tidak dinafikan ianya agak lengkap dan anda mungkin tidak lagi memerlukan sebarang aplikasi suntingan yang lain kerana hampir kebanyakan fungsi suntingan asas disokong seperti crop, effect, beauty, sticker, blur dan banyak lagi.

HASIL GAMBAR

Indoor
Indoor
HASIL GAMBAR - MAKRO
Makro
HDR
HDR

KOMEN EDITOR

TP-LINK mungkin baru sahaja menceburi dunia telekomunikasi dengan kemunculan model terbarunya iaitu neffos C5 di pasaran, dan tidak dinafikan ia merupakan satu permulaan yang baik. Tidak dinafikan spesifikasi yang disokong oleh neffos C5 bukanlah yang terbaik di pasaran, tetapi ianya boleh dianggap berbaloi untuk dimiliki jika soal harga diambil kira. Sokongan pemproses berkeupayaan 64-bit, RAM 2GB, memori dalaman sebesar 16GB, dan juga bateri berkapasiti 2,200 mAh sudah cukup untuk memastikan kelancaran pengoperasian smartphone ini. Lebih menariknya, neffos C5 turut menyokong aplikasi pra-pasang yang berguna dan juga fungsi untuk menyembunyikan aplikasi dengan kaedah leretan dua jari pada paparan skrin.

You might also like