
IFA 2018 : Acer Perkenal Kerusi Permainan Luar Biasa – Predator Thronos
Acer nampaknya melangkah setapak lagi ke depan apabila memperkenalkan kerusi permainan luar biasa yang hampir membolehkan anda menjadi satu dengan komputer dinamakan Predator Thronos.
Predator Thronos dikatakan sebuah kerusi permainan yang luar biasa kerana hadir dengan reka bentuk yang ‘mengancam’ selain kelihatan seperti prop dalam filem fiksyen sains.


Bukan itu sahaja, malah Thronos juga dikatakan lain daripada yang lain apabila dilihat hadir dengan ruangan untuk menyokong sehingga tiga monitor selain ruang khusus bagi meletakkan PC anda.

