
Android 9.0 Diberi Nama Rasmi – Android Pie
Setelah lama menunggu ketibaan sistem operasi Android P, kini ia telah dirasmikan dengan nama baharu Android Pie (Android 9.0).
Kemas kini terbaru ini akan mula diedarkan pada peranti Pixel dahulu, susul dengan Essential Phone, Android One, Xiaomi Mi Mix 2S, Nokia 7 Plus, OPPO R15 Pro, Vivo X21, OnePlus 6 dan Sony Xperia XZ2.
Kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin (Machine Learning) yang lebih mendalam telah diintergrasikan pada Android Pie 9.0, di samping paparan skrin (Adaptive Brightness) dan penggunaan bateri (Adaptive Battery) telah pun dioptimasikan sepenuhnya tanpa menghauskan bateri.

