

Ramai yang tertanya-tanya kenapa perlu beli ASUS ZenFone 5z memandangkan spesifikasi yang lebih kurang sama sahaja berbanding model sebelumnya, iaitu ZenFone 5. Ya betul, banyak perubahan sudah dipertingkatkan selepas ZenFone 4, dan respon dari pengguna juga lebih kepada positif.
Okay bukan soal ZenFone 5 tidak cukup bagus, hanya kerana dengan harga beza RM600 antara kedua-dua peranti ini, kenapa perlu beli yang terbaru? Ada sebabnya… baca seterusnya.
SPESIFIKASI
| Spesifikasi | ASUS ZenFone 5z (ZS620KL) | ASUS ZenFone 5 (ZE620KL) |
| Sistem Operasi | Android Oreo, ASUS ZenUI 5 | Android Oreo, ASUS ZenUI 5 |
| Pemproses | Qualcomm Snapdragon 845 Octa-core AI Boost |
Qualcomm Snapdragon 636 Octa-core AI Boost |
| GPU | Adreno 630 | Adreno 509 |
| Paparan | 6.2 inci FHD+ (2246 x 1080) Super IPS+ Nisbah 19:9 Skrin-ke-kerangka 90% Corning Gorilla Glass |
6.2 inci FHD+ (2246 x 1080) Super IPS+ Nisbah 19:9 Skrin-ke-kerangka 90% Corning Gorilla Glass |
| Bateri | 3,300mAh Pengecasan Pantas 9V/2A |
3,300mAh Pengecasan Pantas 9V/2A |
| Memori | 6GB/8GB RAM 128GB/256GB ROM microSD sehingga 2TB |
4GB RAM, 64GB ROM microSD sehingga 2TB |
| Kamera | Utama 12MP + 8MP 120º Lensa Sudut Lebar, f/1.8 Aperture, LED Flash, PDAF, 16 AI Scene Detection, AI Photo Learning, Real-time Portrait, Real-time Beautification, PixelMaster Hadapan |
Utama 12MP + 8MP 120º Lensa Sudut Lebar, f/1.8 Aperture, LED Flash, PDAF, 16 AI Scene Detection, AI Photo Learning, Real-time Portrait, Real-time Beautification, PixelMaster Hadapan |
| Rakaman Video | 4K UHD | 4K UHD |
| Slot Kad | Nano SIM + Nano SIM/microSD | Nano SIM + Nano SIM/microSD |
| Keselamatan | Face Unlock, Fingerprint | Face Unlock, Fingerprint |
| Sambungan | WiFi 802.11a/b/g/n/ac 2.4GHz & 5GHz USB Type-C, Bluetooth 5.0, NFC |
WiFi 802.11a/b/g/n/ac 2.4GHz & 5GHz USB Type-C, Bluetooth 5.0, NFC |
| Dimensi | 153 x 75.65 x 7.7mm | 153 x 75.65 x 7.7mm |
| Berat | 165g | 165g |
| Harga | (6GB) RM1,899 (8GB) RM2,299 |
(4GB) RM1,299 |
Perbezaan 1: Pemproses Snapdragon 845
ZenFone 5z merupakan peranti ASUS pertama yang menggunakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 845 dan Adreno 630 pada pemprosesan grafik, manakala ZenFone 5 menggunakan Snapdragon 636.

Tidak dinafikan prestasi Snapdragon lebih berkuasa berbanding cipset Intel pada siri ZenFone yang lama, tambahan lagi harga yang jauh lebih mesra jika dibandingkan dengan peranti yang mempunyai spesifikasi lebih kurang sama. Baca Artikel Perbandingan
Perbezaan 2: Ruangan Stroran
Selain pemproses berbeza, ZenFone 5z juga mempunyai ruangan storan yang lebih besar. Jika ZenFone 5 menawarkan 4GB RAM dan 64GB ROM, maka ZenFone 5z lebih berkuasa lagi dengan 6GB atau 8GB RAM dan 128GB atau 256GB ROM. Hah nampak bezanya, sekarang dah start berminat kan?!
Namun perlu memuji sedikit pada ASUS kerana kedua-dua ZenFone 5 juga menyediakan slot kad memori sebesar 2TB, jika merasakan tidak cukup ruangan storan boleh tambah sahaja.
Persamaan 1: AI Boost
Ciri AI Boost yang dipertaruhkan pada siri ZenFone 5 merupakan satu peningkatan yang cukup baik, ia membolehkan prestasi CPU jauh lebih tinggi berbanding prestasi standard tanpa AI Boost.
Selain itu, ciri AI seperti AI Ringtone dan AI Charging juga tersedia demi menawarkan penggunaan yang memuaskan.

AI Ringtone boleh mengenalpasti suasana persekitaran dengan melaras volumn supaya suara anda boleh didengari.

AI Charging akan mempelajari tabiat pengecasan anda supaya boleh membantu meningkatkan jangka hayat bateri.
Persamaan 2: Kapasiti Bateri
Kedua-dua ZenFone 5 turut hadir dengan kapasiti bateri 3,300mAh, sokongan teknologi pengecasan pantas ASUS BoostMaster yang berasaskan pada Qualcomm Quick Charge.
Proses pengecasan boleh dikatakan agak pantas, ujian pengecasan bermula pada bateri hanya tinggal 4%, selepas 30 minit mengecas bateri menaik ke 38%.
Sekali isian penuh mengambil masa lebih kurang 2 jam dan anda boleh menggunakannya untuk sepanjang hari.
Persamaan 3: Sistem Audio
Siri ZenFone 5 kali ini ada satu kelebihan yang harus dipuji, sistem audio terbina dalam dan pembinaan speaker stereo yang cukup lantang, sekaligus memberikan pengalaman hiburan yang menyeronokkan.
AudioWizard dalam ZenFone 5 selain menawarkan pelbagai genre lagu, lebih mengagumkan kami adalah sokongan terhadap pelbagai jenama earphone supaya dapat menawarkan kualiti audio yang sempurna, sangat mesra pengguna kan!

Persamaan 4: Kamera AI Berkuasa
ASUS meletakkan siri ZenFone 5 dengan dwi kamera AI yang cukup power, sebanyak 16 jenis suasana persekitaran boleh dikenalpasti dari lensa ini adalah pembantu paling cerdas dalam mencantikkan gambar.
Sedikit hasil gambar dari kamera ZenFone 5z…







Di sini kami tidak mengulas lagi, ingin tahu kehebatan kamera boleh baca artikel di bawah pautan yang disediakan.
- Reviu Eksklusif: Jelajah Bersama Dwi Kamera ASUS ZenFone 5z
- Reviu Eksklusif: ASUS ZenFone 5 (ZE620KL), Teknologi AI Kamera Membawa Wajah Baru
- Sekilas Pandang ASUS ZenFone 5 (ZE620KL)
ULASAN AKHIR…
Bagi kami ASUS ZenFone 5z mempunyai reka bentuk yang cukup moden, skrin 6.2 inci dengan Super IPS+ sangat terang warnanya, tambahan paparan FullView memberi sudut yang lebih luas dan sangat selesa digunakan sama ada menonton video atau bermain permainan.
Spesifikasi dalaman berkuasa yang diletakkan pada kelas flagship, tetapi dengan harga lebih mampu milik menjadi tarikan utama ZenFone 5z dalam memenangi hati pengguna. Boleh digelarkan sebagai peranti paling bernilai di pasaran dengan cip pemproses terbaik di dunia buat masa kini.
Unboxing! ASUS ZenFone 5z ↓↓↓

