
Acer Malaysia telah memperkenalkan barisan model terbaru mereka dari rangkaian produk Predator Gaming di Malaysia yang didahului dengan komputer riba untuk permainan video Predator Helios 500 serta tidak ketinggalan Nitro 5 serba baharu.
Acer Predator Helios 500

Direka untuk menangani grafik NVIDIA GeForce GTX 1070 dan dikuasakan oleh pemproses sehingga Intel Core i9 generasi ke-8 dengan memori sehingga 64GB, Predator Helios 500 memastikan pemain dapat terus beraksi. Menawarkan pengalaman bermain yang premium, Predator Helios 500 dapat memainkan permainan video berstatus AAA yang padat dengan grafik dan mengendali penstriman langsung dengan mudah.
Menampilkan paparan bersaiz 17.3 inci FHD IPS yang mampu menawarkan visual jelas (300 nits), ia turut menyokong teknologi NVIDIA G-sync dengan kadar segar semula 144Hz yang sangat pantas dan lancar, sekali gus menjanjikan pengalaman bermain yang jelas.
Dua unit pembesar suara stereo dengan subwoofer binaan dalam, teknologi Acer TrueHarmony dan Waves MaxxAudio pula memberikan kualiti bunyi yang mengasyikkan, serta audio 3D yang hiper realistik menggunakan Waves Nx. Predator Helios 500 dilengkapi sistem kipas berkembar yang menampilkan kipas besi AeroBlade 3D Acer dan lima paip haba yang mampu meningkatkan prestasi sistem thermal (suhu) dan memastikan komputer riba dapat beroperasi pada suhu yang optimum.
Acer Predator Helios 500 boleh dibeli bermula 1 Julai 2018 di semua kedai rasmi dalam talian dan pengedar sah Acer yang terpilih di seluruh negara. Di Malaysia, Predator Helios 500 ditawarkan dalam dua pilihan dengan harga bermula RM8,999 dan RM12,999.

Acer Nitro 5
Dikuasakan oleh pemproses Intel Core TM i7+ generasi ke-8, NVIDIA GeForce GTX 1050 Ti bersama 4GB RAM, Acer Nitro 5 disasarkan kepada pemain yang gemar menikmati keseronokan bermain bersama rakan-rakan. Dengan memori Intel Optane, komputer riba ini menawarkan pengalaman perkomputeran yang lancar dan responsif untuk mempercepatkan tugasan harian.
Menawarkan masa boot-up dan tempoh muat turun sewaktu bermain yang pantas, Nitro 5 dilengkapi memori 16GB Intel Optane yang sangat pantas dan dipadankan bersama storan 1TB HDD. Kehadiran paparan skrin Full HD IPS bersaiz 15.6 inci menawarkan imej yang sempurna bersama kualiti audio terbaik demi menawarkan pengalaman mengasyikkan ketika bermain permainan video atau menonton filem.
Kehadiran teknologi Dolby Audio dan Acer TrueHarmony yang ada padanya pula menawarkan audio berkualiti. Teknologi Coolboost Acer pula menawarkan keupayaan penyejukan dan putaran kipas luar biasa, bagi memastikan sistem Nitro 5 dapat beroperasi secara optimum. Pengguna juga boleh mengawal proses penyejukan secara manual melalui aplikasi NitroSense.
Ditawarkan pada harga RM3,999, Acer Nitro 5 boleh didapati mulai 1 Julai 2018 di semua kedai rasmi dan pengedar sah Acer di seluruh negara.


