
Samsung hari ini melepaskan kemas kini khusus untuk AR Emoji pada peranti Galaxy S9 dan S9+. Samsung telah menambah watak didalam ciri AR Emoji dengan penambahan watak rakan-rakan Mickey Mouse, kali ini menampilkan Daisy Duck yang cantik dan Goofy yang kelakar.

Untuk menggunakan watak-watak berkenaan, pengguna perlu memuat turun kemas kini yang terbaharu menerusi bahagian kamera dengan pergi ke mod AR Emoji dan tekan ikon “+”, kemudian muat turun pek AR Emoji Mickey Mouse & Friends.
https://youtu.be/pKMaj9nZDLA
Samsung yang mempunyai hubungan kuat dengan Disney sebelum ini telah melepaskan watak animasi Incredibles 2 dan bercadang untuk memperkenalkan watak daripada Frozen dan Zootopia di masa akan datang. Dalam masa sama 18 Emoji baharu akan ditawarkan kepada pengguna tidak lama lagi.

