Huawei Lancarkan Anugerah NEXT-IMAGE Tahunan Kedua Dengan Sokongan ICP

Huawei hari ini melancarkan Anugerah NEXT-IMAGE tahunan kedua dengan sokongan institusi fotografi dan budaya visual terkemuka, Pusat Fotografi Antarabangsa (ICP).

Anugerah NEXT-IMAGE tahunan merupakan suatu bahagian penting daripada Huawei yang merangkumi pelan NEXT-IMAGE untuk mendefinisikan semula ekspresi dan budaya visual menerusi kamera telefon pintar yang lebih profesional dan intuitif.

Setelah dimulakan pada tahun 2017, anugerah ini telah memberikan pengguna telefon pintar Huawei dari seluruh dunia dengan galeri di mana mereka boleh mempamerkan karya terbaik mereka kepada khalayak global. Tahun lepas terdapat lebih 157,000 penyerahan kepada anugerah dari lebih 90 negara yang berbeza, dengan 500 peserta akhir telah dipilih.

Untuk Anugerah NEXT-IMAGE tahun 2018, ia dipecahkan kepada enam kategori iaitu ‘Good Night’, ‘Faces’, ‘Hello, Life!’, ‘Check-In’, ‘Timeline’ dan ‘Story Story’. Setelah dipecahkan kepada 500 peserta akhir, yang selebihnya akan diadili oleh panel yang terdiri daripada lima pakar industri termasuk Mark Lubell ICP, bersama-sama dengan lima orang pendita visual muda yang kebanyakannya adalah siswazah terbaru Sekolah ICP.

Hadiah utama untuk kali ini, pemenang akan membawa pulang wang tunai USD20,000, telefon pintar Huawei P20 Pro dan laptop Huawei MateBook X Pro. Di samping itu, enam pemenang terbaik dalam kategori dan 50 hadiah lain akan disampaikan.

Penyertaan bermula pada 13 Jun 2018 dan pemenang akan diumumkan pada akhir bulan September 2018. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Huawei Next-Image.

 

You might also like