
Huawei Kini Berada Di Tangga Ke-48 Dalam ‘Top 100 Most Valuable Global Brands’
Huawei meningkatkan nilai jenamanya sebanyak 22% pada tahun lalu kini yang mana telah menduduki tempat ke-48 di dalam ‘Top 100 Most Valuable Global Brands’ mengikut laporan terkini BrandZ yang dikeluarkan baru-baru ini.
Huawei yang kini berada di tahun ketiga berturut-turut dalam jenama global Top 50, dengan nilai jenama BrandZ Top 100 mencapai sehingga USD4.4 Trilion melihat kenaikan sebanyak 204% sepanjang 12 tahun yang lalu.
Jumlah pertumbuhan bersih jenama tersenarai kini hampir USD750 bilion dengan semua kategori yang mencapai pertumbuhan penuh buat pertama kalinya dalam rekod. Syarikat-syarikat teknologi setakat ini mengetuai senarai global yang mengambil lapan daripada sepuluh tempat di Top 10, dengan nilai jenama gabungan lebih daripada separuh (56%) daripada jumlah nilai jenama syarikat Top 100.
Sebagai pembekal telefon pintar ketiga terbesar di dunia, Huawei bukan sahaja mengungguli pasaran, tetapi juga meningkatkan penguasaan pasaran dengan mantap (11.7%). Lebih-lebih lagi, bahagian pasaran model flagship Huawei meningkat kepada lebih daripada 10% terutamanya di kawasan seperti Eropah dan Timur Tengah.
Selain pelancaran siri Huawei P20 di pasaran global, Huawei telah membuktikan jenama mereka kini bertambah baik!

