
HARGA: RM1,399
Huawei akhirnya mengumumkan penggantian model sedia ada Huawei nova 2i kepada Huawei nova 3e, sebuah peranti terbaharu yang hadir dengan rekaan lebih segar mengikuti trend semasa, melalui skrin hampir penuh dengan takuk bersaiz 5.84-inci FullView Display 2.0.
Reviu Eksklusif:
- Reviu Eksklusif: Huawei nova 3e, Menampilkan Rekaan Mirip Huawei P20?!
- Reviu Eksklusif: Huawei nova 3e, Adakah Ia Model Alternatif Bagi Huawei P20?!
Penggambaran
Sepertimana Huawei P20, nova 3e juga dibekalkan dengan lensa dwi-kamera utama tetapi direndahkan resolusinya kerana peranti ini ditawarkan dalam kelas pertengahan.

Sokong lensa 16 Megapiksel + 2 Megapiksel pada telefon pintar ini mampu mengambil gambar bokeh yang cantik serta gambar malam tanpa masalah noise yang banyak dengan adanya sensor bersaiz piksel 1.12 μm serta aperture f/2.2.

Lebih menarik, penggambaran nova 3e juga menyediakan beberapa mod menarik yang boleh digunakan untuk menggambil gambar dengan mod berlainan. Bukan itu sahaja, kehadiran AR stickers yang nampaknya menjadi kegilaan remaja hari ini turut disokong oleh telefon pintar ini.
:: HASIL GAMBAR ::
Memandangkan telefon pintar ini telah dibekalkan dengan dwi-kamera utama, kami telah mengambil beberapa hasil gambar dengan mod berbeza. Bukan itu sahaja, penggambaran swafoto juga tidak mengecewakan dengan adanya pelbagai mod menarik serta kehadiran AR Stickers yang semakin digilai remaja hari ini. Mari lihat sendiri hasilnya…
KAMERA UTAMA
OUTDOOR – HDR
BOKEH
SENJA
GOOD FOOD


OUTDOOR
BANGUNAN
POTRET


INDOOR
MAKANAN
KAMERA SWAFOTO
BEAUTY
POTRET
FLASH


GROUP SELFIE
AR STICKERS
LATAR BELAKANG
Kalau masih tak puas lagi dengan hasil gambar yang kami tunjuk, apa kata anda yang bakal membeli nova 3e ini kongsi bersama kami nanti?!
Unboxing! Huawei nova 3e ↓↓↓














