
Teknologi yang pesat berkembang setiap hari terus memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat. Pada terasnya, teknologi wujud untuk memberi inspirasi dan membantu, terutamanya dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi anak-anak muda. Inisiatif Smart School oleh Samsung bertujuan memberi inspirasi kepada lebih banyak pelajar di Asia Tenggara untuk melakukan apa yang mereka tidak boleh buat.
Ditubuhkan pada tahun 2013, Samsung Smart School banyak membantu pembelajaran yang interaktif menggunakan tablet pendidikan serta aplikasi Samsung yang dapat membantu pelajar memperbaiki minat dan bakat mereka dalam STEM. Matlamat utama adalah untuk membantu merapatkan jurang kemahiran digital di kawasan yang kurang mendapat perhatian supaya terus berkembang maju pada masa depan yang mencabar ini.
Terbaru, Samsung telah merakam sebuah filem pendek bertajuk ‘Little Pilot’ yang menceritakan perjalanan seorang anak kecil yang bersemangat dan berharap dapat mencapai impiannya walaupun ianya mustahil. Kisah ini juga menunjukkan bagaimana Samsung membantu anak-anak kecil mencapai impian mereka dengan memberi sokongan sepenuhnya.
Melalui Samsung Smart School, setiap kanak-kanak akan mempunyai peluang yang sama untuk mengembangkan kreativiti dan kemahiran mereka. Mereka juga akan menikmati faedah penuh pembelajaran digital yang sangat baik. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh layari Samsung Smart School.

