Lazada Buat Tawaran Menarik Untuk Peranti vivo Sempena Tahun Baru Cina

Bagi anda yang sedang mencari telefon pintar baharu, ini adalah masa yang sesuai kerana Lazada kini mengadakan promosi hebat untuk barisan peranti vivo terpilih. Hadiah sehingga RM200 akan diberikan kepada pelanggan Lazada bersempena Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi.

Untuk permulaan, Lazada tawarkan vivo V7 dengan hadiah merupakan beg galas laptop vivo edisi terhad bersama kad memori 16GB serta AngPau merah edisi 2018. Jika anda mencari telefon dengan harga lebih bajet, vivo Y69 dan Y65 ditawarkan dengan hadiah iaitu thermos vivo dan kalendar 2018. Sementara untuk vivo Y53 hadiah menarik akan diberikan disamping pembelian vivo Y25 akan menerima kemeja-T vivo FIFA 2018.

Kesemua tawaran menarik ini bermula 29 Januari hingga 31 Januari 2018 iaitu selama tiga hari.

Untuk informasi lanjut, anda boleh kunjungi laman Facebook vivo Malaysia atau terus ke Lazada.

You might also like