CES 2018 : Acer Nitro 5 Kini Hadir Dengan AMD Radeon RX560 Dan Ryzen

Acer tidak melupakan laptop permainan mereka kali ini hadir dengan Acer Nitro 5 yang terbaru. Laptop yang direka khusus bagi mereka yang sukakan permainan video kali ini telah dikemaskini dengan beberapa perkakasan baru.

Menerusi cip pemproses AMD Radeon RX560 dan pemproses mudah alih AMD Ryzen, pengguna akan ditawarkan hiburan permainan yang lebih imersif serta lebih lancar. Malahan, laptop ini dibungkuskan dengan memori 512GB SSD dan RAM DDR4 sehingga 32GB yang menjamin kelancaran dalam pelbagai tugas.

Perkakas lain yang turut dimuatkan ialah skrin IPS 15.6-inci HD penuh, speaker berkualiti tinggi Dolby Audio Premium dan Acer TrueHarmony. Teknologi sambungan lebih pantas dengan modem WiFi 802.11ac, USB C, HDMI 2.0, dan kipas penyejuk Acer CoolBoost. Integrasi Acer NitroSense diletakkan bersama bertujuan untuk memantau prestasi laptop supaya berada di tahap yang tertinggi.

Untuk tampak lebih agresif, keseluruhan permukaan laptop ini dikemaskan dengan kemasan karbon fiber.

Acer Nitro 5 akan berada di pasaran pada April nanti dengan harga kompetitif bermula $799 (lebih kurang RM3,201) seunit.

You might also like