
IFA 2017: Moto X4 Diperkenalkan – Menyediakan Sistem Dwi Kamera Serta Kalis Air

Lenovo yang mewakilkan Motorola dalam segmen telefon pintar di IFA 2017, Berlin telah memperkenalkan Moto X4. Peranti generasi ke-4 ini dibina berlandaskan spesifikasi pertengahan dengan rekaan tampak premium. Bukan itu sahaja, skrin IPS bersaiz standard 5.2 inci ini turut dilindungi oleh gelas tahan lasak, Corning Gorilla Glass.
Moto X4 dijana oleh set cip Snapdragon 630 Cortex-A53 menerima RAM setinggi 3GB dan storan seluas 32GB yang menyokong ruangan tambahan. Kuasa yang disalurkan pula diterima daripada bateri berkapasiti 3,000mAh juga menyokong pengecasan pantas 15W. Panel depan dan belakang yang menutupi kerangka badan pula menggunakan gelas yang diiktiraf kalis air IP68.

Sistem dwi kamera telah meletakkan sensor 1.4um 12 Megapiksel Dual Pixel autofocus dengan aperture f/2.0. Satu lagi ialah 8 Megapiksel f/2.2 bersama lensa sudut lebar 120 darjah. Tambahan, ciri lain seperti PDAF, dual-tone LED flash, rakaman video 4K, rakaman gambar hitam-putih, dan efek bokeh juga dimasukkan.
Sudut hadapan pula, terdapat sensor 16 Megapiksel bersama aperture f/2.0 dan LED flash. Menariknya, gabungan kamera 4 Megapiksel juga membantu penggambaran di dalam cahaya yang malap – tetapi kualiti resolusi tidaklah begitu baik.

Selain itu, fungsi dwi SIM, pengimbas cap jari, tiga mikrofon, USB Type-C, capaian LTE Cat.13, dan Bluetooth 5.0 melengkapkan spesifikasi Moto X4 ini. Sistem perisian dikendalikan Android Nougat dan bantuan maya, Amazon Alexa.
Moto X4 boleh didapati dalam pilihan warna Super Black, Sterling Blue pada harga Euro399 (kira-kira RM2,028) dimana negara Eropah antara yang terawal menerimanya pada bulan ini diikuti negara lain beberapa bulan selepas itu.
https://www.youtube.com/watch?v=qJBdN4sOlYA

