Black Shark 3 Kini Rasmi Di Malaysia!! – Dijual Pada Harga RM2799

Kaki game mesti teruja apabila Black Shark 3 kini sudah rasmi bagi pasaran Malaysia yang mana ia dijual pada harga bermula RM2799. Peranti ini akan tersedia bagi pasaran tempatan bermula hari ini.

Peranti ini tampil dengan skrin 6.67″ AMOLED dan dikuasakan oleh Snapdragon 865 dan dipadankan dengan 8GB RAM dan storan sebesar 128GB. Kamera juga mengagumkan apabila ia disertakan dengan 64MP bagi kamera utama dan 20MP bagi kamera hadapan.

Menariknya, 400 pembeli pertama boleh membeli peranti ini pada harga RM2649 menerusi platform Shopee. Tidak terhenti di situ sahaja, seramai 150 pembeli terawal akan menerima Black Shark FunCooler Pro, Black Shark Mousepad, dan kotak misteri Black Shark.

 

 

 

You might also like