Kreatif! Modifikasi PC Untuk Anda Cuba!

Pemilik dan peminat PC, terutamanya mereka yang membina sendiri sistem PC sudah pasti gemar melakukan modifikasi pada PC mereka. Kami ada satu idea modifikasi yang ringkas dan mudah untuk dikongsikan dengan anda. Modifkasi ini juga amat sesuai kepada mereka yang baru mula berjinak di dalam melakukan modifikasi.

Idea ini dikongsikan oleh seorang pengguna Reddit, dimana beliau hanya menggunakan sebuah smartphone lama di dalam modifikasi ini. Rujuk gambar di bawah.

Mari kami ceritakan bagaiman untuk anda mulakan modifikasi ringkas ini. 

  1. Pastikan anda mempunyai smartphone tidak terpakai yang mempunyai paparan yang masih boleh digunakan dan sistem operasinya masih berfungsi.
  2. Muat turun aplikasi Remote System Monitor dari Trigone (Android) ke dalam smartphone anda.
  3. Muat turun aplikasi client pada PC anda bagi membolehkan informasi sistem PC anda dikongsikan ke smartphone. (client x64) (client x86)
  4. Pastikan PC dan smartphone disambungkan ke satu sambungan WiFi yang sama untuk informasi sistem seperti suhu, kipas, jam dan lain-lain dapat dipaparkan pada smartphone.
  5. Sambungkan kabel USB dari PC ke smartphone sebagai sumber kuasa dan tetapkan paparan smartphone untuk kekal aktif.
  6. Cari sudut yang sesuai untuk anda letakkan smartphone di dalam binaan PC anda.

Kalau dah cuba, boleh share dengan kami hasil modifikasi anda.

Jangan lupa ikuti perkembangan dunia PC dan permainan video melalui Facebook eRing dan juga laman web rasmi!

 

You might also like