
Peminat vivo di Malaysia jangan terkejut, apabila vivo bakal melancarkan secara atas talian peranti terbaharunya di Malaysia yang dikenali sebagai vivo V19 pada 23 April jam 6 petang.

Bagi 3 orang penonton bertuah ketika pelancaran tersebut, anda bakal membawa pulang peranti ini.
Buat yang tidak mengetahui, vivo V19 ini tampil dengan skrin yang sangat baik iaitu 6.44″ SAMOLED FHD+ pastinya memberikan tontonan terbaik.
Dari aspek dalaman pula, ia hadir dengan cip pemproses Snapdragon 712 dan dipadankan dengan RAM sebesar 8GB dan storan sebesar 256GB.

Kamera juga sangat baik apabila ia tampil dengan 48MP + 8MP + 2MP + 2MP bagi kamera belakang. Bagi kamera hadapan pula, ia dihadirkan dengan 32MP + 8MP.

Bateri adalah sangat besar apabila ia disertakan dengan 4500mAh dan tampil dengan sokongan pengecasan pantas 33W VOOC.

Jadi sama-sama kita nantikan kehadiran peranti ini.

