Netflix Melarang Tontonan Menggunakan Proksi

51843-42957-netflix_win8

Pembekal kandungan media streaming global, Netflix mengumumkan pengguna tidak lagi boleh menggunakan proksi untuk memintas tapisan kandungan media di negara masing-masing. Pengumuman tersebut dibuat tidak lama selepas Netflix melancarkan servis mereka ke 130 negara dalam usaha mereka menjadi servis media global. Menurut Netflix, mereka sedar akan permintaan penonton yang ingin menonton rancangan kegemaran tanpa sekatan geografi, namun Netflix juga harus akur dengan undang-undang yang menuntut pembekal hanya memberikan akses kepada kandungan yang mempunyai lesen tayangan di negara terbabit.

Di Malaysia dan kawasan asia, Netflix harus bersaing dengan servis iflix yang menawarkan harga yang lebih rendah iaitu RM 8 berbanding RM 33 yang merupakan pakej terendah dari Netflix. Namun, Netflix mempunyai kelebihan dari segi kandungan digital. Walau apa pun, pengguna kini mempunyai pilihan dan ianya satu senario yang baik buat pengguna kerana secara tidak langsung pembekal perkhidmatan akan bertungkus lumus untuk memberikan servis terbaik.

You might also like