
U Mobile meluaskan lagi variasi pakej data Internet mereka dengan melancarkan Game-Onz, sebuah pakej pertama dari mana-mana telco yang menawarkan data Internet tanpa had untuk anda bermain permainan PC.
Pelanggan pra-bayar U Mobile yang gilakan permainan PC kini boleh menggunakan data Internet dari U Mobile bagi bermain permainan dari portal Stream, Garena dan juga Playone Asia pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Anda cuma perlu mengaktifkan fungsi tethering pada smartphone anda dan sambungkan PC kepada Internet U Mobile melalui smartphone.
Antara permainan yang boleh dimainkan melalui pakej ini adalah Dota 2, Counter-Strike: Global Offensive, Team Fortress 2, League of Legends, FIFA Online 3, BlackShot dan Echo of Soul. Selain dari menawarkan data Internet untuk permainan, Game-Onz juga hadir bersama streaming muzik percuma Music-Onz yang memberikan anda akses kepada 19 platform streaming muzik seperti Spotify, JOOX, Tidal, KKBOX, Raku dan lain-lain.
Game-Onz hanya ditawarkan buat pengguna pra-bayar U Mobile sahaja. Terdapat tiga cara untuk membeli pakej ini:
- Melalui aplikasi MyUMobile App
-Klik Buy Now dan pilih Game-Onz, kemudian pilih pelan yang anda mahu.
- Dail 1183*5#
- SMS
– Taip “Goxx” dan hantar ke 28118
(**xx merujuk kepada kod pelan 18, 50 atau 70)


