
LOCKIN smart lock – STAR Produk dari SUBPLACE berjaya mengumpul dana sebanyak RM6.66 juta dalam hanya 15 minit setelah “equity crowdfunding” tersebut dilancarkan di laman MyStartr, platform equity crowdfunding yang terulung di Malaysia dan platform tersebut diluluskan oleh Sururan Sekuriti Malaysia untuk Dana Malaysia Co Investment Fund (MYCIF). Platform tersebut menyasarkan untuk menjana dana bagi 5,000 Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) menjelang 2030.

SUBPLACE telah ditubuhkan pada November 2020, dan merupakan platform langganan dalam talian yang pertama di Asia. Barang-barang seperti barang keperluan harian, barang kebersihan diri, perabot, perkakas rumah, peralatan elektrik, dan lain lain. Pengguna hanya perlu mendaftar sekali sahaja untuk melanggan produk ataupun perkhidmatan, dan mereka boleh mengakses produk atau perkhidmatan ini secara berkala, langganan boleh dibatalkan pada bila-bila masa tanpa kos tersembunyi. Syarikat yang telah menyertai SUBPLACE akan menerima faedah daripada ekosistem yang lengkap, laman web dan sistem langganan dan sewaan, termasuk analisis data, penilaian risiko pengguna, pemenuhan produk dan perkhidmatan, sokongan pelanggan dan banyak lagi. Syarikat boleh sertai SUBPLACE dengan beberapa langkah yang mudah.
Lebih dari 100 syarikat telah menyertai SUBPLACE sebagai rakan Biz hanya dalam tempoh 6 bulan dan
SUBPLACE telah mengeluarkan pakej langganan yang sesuai untuk syarikat masing-masing. Jenama terkenal seperti Yakult, Ogawa, Goodnite, SMART Rental, Itsu dan sebagainya juga merupakan rakan Biz
SUBPLACE. Setakat hari ini, seramai 8,000 pengguna telah mendaftarkan diri di SUBPLACE.
Pasaran smart lock semakin rancak Perkembangan yang pesat dalam sains dan teknologi, peranti pintar sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian kita. Menurut Laporan Peranti Pintar Antarabangsa, pada tahun 2020, pasaran antarabangsa peranti pintar bernilai USD 77.3 billion dolar, dan mempunyai potensi yang besar untuk
dikembangkan.
SUBPLACE melancarkan STAR produk – LOCKIN smart lock, ini merupakan langkah pertama SUBPLACE menjejak di pasaran peranti pintar. LOCKIN smart lock dapat diperolehi melalui cara langganan. Pelanggan dapat menikmati LOCKIN smart lock dengan kos yang rendah, dibiayai setiap bulan, ini boleh menggalakkan penembusan pasaran.
Tambahan lagi, dengan menyertai MyStartr “equity crowdfunding”, pelanggan boleh melangkah ke dunia teknologi peranti pintar dan menikmati gaya hidup yang lebih berkualiti. Hasil “equity crowdfunding” mempunyai 172 penyokong, RM6.66 juta, dalam 15 minit.
Sasaran SUBPLACE bukan setakat pasaran smart lock, tetapi pasaran peranti pintar yang lebih luas. Dalam masa 5 tahun, SUBPLACE akan membuka sebanyak 250 Brandstore di seluruh Malaysia, dan akan menarik lebih dari 100 ribu pelanggan baru. LOCKIN smart lock akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Oktober tahun ini dengan harga RM2,400. Pelanggan boleh membeli dengan bayaran penuh ataupun dengan cara langganan. Hanya dengan RM69 setiap bulan, pelanggan dapat mempunyai LOCKIN smart lock. Pada masa ini, SUBPLACE sedang merekrut pengedar untuk meningkatkan jualan.