
Bermula semalam, pelajar Malaysia di seluruh negara layak menuntut kredit eBelia RM150 dari Kerajaan menggunakan e-dompet tempatan, Boost, yang merupakan salah satu daripada e-dompet rasmi yang dipilih untuk inisiatif tersebut. Melalui Boost, pelajar boleh mengakses lebih daripada 242,000 peniaga dalam dan luar talian di seluruh negara, termasuk peniaga di 58 kampus kolej dan universiti.

Bagi menambah ganjaran kepada penerima RM 150 eBelia yang berjaya, Boost menawarkan ganjaran tambahan bernilai sehingga RM300. Ganjaran ini boleh ditebus dari rakan niaga Boost seperti Watsons, KFC, Zalora, Fave, Tealive, Starbucks, Celcom, Yoodo, Digi, Great Eastern, BuyMall, Youbeli, Hermo, Mydin dan banyak lagi secara siapa cepat, dia dapat.
Dengan membolehkan penerima eBelia berbelanja kredit e-dompet dengan selamat, Boost yakin bahawa inisiatif Kerajaan ini akan memberi manfaat sampingan kepada peniaga. Terutamanya, mengharungi impak sekatan pergerakan ketika negara berikhtiar melandaikan keluk jangkitan Covid-19 sekaligus memulihkan ekonomi.
Pendapatan Tambahan untuk Belia
Memandangkan kekangan kewangan yang melanda beberapa pelajar dan ibu bapa ketika pandemik ini, Boost turut bekerjasama dengan syarikat sekutu, Aspirasi, untuk memperkenalkan program rujukan yang dikenali sebagai ‘Kongsi Klub’. Program rujukan ini menawarkan cara menerima pendapatan tambahan di samping memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar.
Melalui Kongsi Klub, pelajar boleh mengasah kemahiran keusahawanan dan kecerdasan mencari peluang pendapatan dengan membantu perusahaan mikro dan kecil memperoleh pembiayaan kos rendah yang bernilai sehingga RM100,000 melalui Aspirasi Capital. Pelajar yang berjaya membantu perusahaan mikro dan kecil mendaftar untuk Aspirasi Capital akan menerima ganjaran 1.5% pembiayaan keseluruhan atau ganjaran tunai sehingga RM1,500 untuk setiap rujukan.
Boost akan memberi insentif berbentuk kredit e-dompet RM20 secara automatik kepada pengguna eBelia yang mendaftar untuk Kongsi Klub. Pendaftaran untuk Kongsi Klub boleh dilaksanakan di www.aspirasi.co/kongsiklub.
Ganjaran tambahan
Sebagai ganjaran tambahan, penerima eBelia yang berjaya mendapat peluang untuk memenangi koin emas komemoratif bernilai RM29,000 (berdasarkan harga emas semasa) dan produk gaya hidup lain bernilai lebih daripada RM50,000 melalui BoostUP Pick & Win, hanya dengan menggunakan serendah 50 Boost Coins. Pengguna menerima Boost Coin secara automatik apabila membayar dengan Boost. Boost Coins boleh digunakan untuk menebus pelbagai hadiah, baucer dan diskaun. Ia juga boleh digunakan untuk menebus wang di Boost Partner Wallets yang boleh dibelanjakan untuk pra-bayar dan pasca-bayar telefon mudah alih, serta bayaran petrol mahu pun liputan insurans.
Selain itu, penyertaan dalam Pick & Win melayakkan pengguna untuk memenangi hadiah menarik seperti speaker Harman Kardon Aura Studio 3 Bluetooth, Komputer Riba MSI Thin GF63, TV Samsung Odyssey G5 WQHD, iPad Pro dan banyak lagi.
Mohd Khairil Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Boost berkata, “Insentif e-dompet eBelia RM150 diperkenalkan pada tempoh yang mencabar di negara kita, dan boleh memainkan peranan penting untuk mengurangkan beban perbelanjaan sara hidup golongan pelajar. Inisiatif ini juga berpotensi merancakkan perbelanjaan domestik dan menjana semula perniagaan tempatan, khususnya perusahaan mikro dan kecil. Pada masa yang sama, ia menggalakkan belia untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi digital dan tanpa tunai.”
“Kami berbangga kerana sekali lagi dapat bekerjasama dengan Kerajaan dalam inisiatif nasional yang begitu penting. eBelia membantu golongan belia negara ketika kita berusaha meningkatkan gaya hidup digital dan memacu pemulihan ekonomi. Untuk inisiatif ini, kami menyediakan peluang pendapatan baharu untuk belia, sambil memupuk tetapan minda keusahawanan. Ini di samping ganjaran lain yang menarik dan dipilih khas untuk penerima eBelia melalui Boost,” tambah Khairil.
Kredit RM150 eBelia boleh dituntut hanya satu kali melalui e-dompet pilihan pengguna. Untuk menuntut, pengguna boleh mengikuti langkah mudah berikut, selepas memuat turun aplikasi dan mendaftarkan akaun:
- Ketik tile eBelia di laman utama Boost, di seksyen ‘What’s New’
- Ketik ‘Verify IC’ dan lengkapkan proses pengesahan eKYC mengikuti arahan. Jika kad pengenalan sudah disahkan, langkah ini tidak diperlukan.
- Setelah akaun disahkan, ketik ‘Submit Claim’ dan isi maklumat tambahan yang diminta
- Apabila maklumat sudah disahkan, anda akan menerima notifikasi ‘Successful Claim’ dan mendapat akses kepada kredit RM150 eBelia dan Ganjaran.
- Layari laman utama Boost di mana anda dapat memilih ganjaran tambahan bernilai sehingga RM300.
eBelia merupakan inisiatif Kerajaan di bawah pelan stimulus ekonomi PEMERKASA yang bertujuan memberdayakan belia, meningkatkan penggunaan pembayaran digital dan memangkin pemulihan ekonomi negara. Insentif e-dompet RM150 akan diberikan kepada warganegara Malaysia berusia 18-20 tahun yang layak, termasuk mereka yang menuntut sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan yang berdaftar, di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas.
Tarikh akhir menebus insentif RM150 adalah 22 Julai 2021. Tarikh akhir untuk membelanjakan kredit insentif adalah 31 Julai 2021. Selepas itu, sebarang baki tidak digunakan akan tamat tempoh dan dipadam daripada akaun e-dompet pengguna.
Untuk mengetahui terma dan syarat dan maklumat terperinci tentang penggunaan kredit eBelia, pengguna boleh melawat laman FAQ eBelia di www.myboost.com.my/promotion/ebelia.
Pengguna juga boleh mendapat maklumat terkini berhubung tawaran eBelia dengan mengikuti saluran rasmi media sosial Boost di Facebook (facebook.com/myboostapp) dan Instagram (instagram.com/myboostapp).