- Iklan -

Reviu Eksklusif: Penjejakkan Kesihatan Yang Lebih Baik Dengan OPPO Band!!! Ada Pemantauan Ketepuan Oksigen Dalam Darah !!!

Setelah melancarkan gelang pintar pertama OPPO Watch tahun lalu, OPPO telah melancarkan gelang pintar yang baru tahun ini – OPPO Band! OPPO Band ini menyediakan sejumlah mod senaman dan fungsi pengesanan kesihatan. Prestasi keseluruhannya boleh dikatakan sangat baik. Marilah reviu fungsi-fungsi gelang ini!

Rupa sebenarnya dari segi 360

Reka bentuk keseluruhan Band OPPO adalah bergaya dan cantik, menggunakan gelang sukan yang diperbuat daripada bahan mesra kulit, TPU. Gelang ini dilengkapi dengan reka bentuk gesper tertutup sepenuhnya yang membolehkan pengguna memakainya dengan mudah. ​​Dari segi padanan warna, gelang ini menyediakan warna malam gelap dan ungu kabut untuk pilihan pengguna.

Tubuh gelang menggunakan reka bentuk cengkerang dengan bahan PC + 2.5D kaca yang tahan calar dan berkesan mengatasi kehausan harian. Skrinnya adalah skrin sentuh 1.1-inci AMOLED dengan resolusi 126 × 294 yang mempunyai gamut warna selebar 100% P3, dapat membawa pengalaman persembahan warna yang bagus dan gambar yang halus.

Sensor dan kenalan pengecas gelang tertumpu pada bahagian belakang, di mana sensor denyutan jantung optik dan sensor oksigen darah optik masing-masing diatur untuk memberi data yang tepat untuk fungsi pemantauan deyutan jantung dan ketepuan oksigen darah. 

Sambungkan aplikasi, operasi dan tetapan

Sebelum menggunakan OPPO Band secara rasmi, pengguna perlu memasang aplikasi “HeyTap Health” di telefon bimbit mereka, dan mengikuti langkah-langkah untuk menghubungkannya dengan OPPO Band. Pengguna dapat melihat data kesihatan yang lebih terperinci secara langsung dari aplikasi tersebut, dan korang juga boleh membuat beberapa tetapan.

OPPO Band tidak ada butang fizikal Pengguna dapat klik pada skrin untuk melihat jumlah langkah dan penggunaan kalori dengan cepat, meleret ke atas dan ke bawah untuk memilih mod latihan, fungsi pemantauan kesihatan, kawalan muzik, melihat maklumat pemberitahuan dan lain-lain; Sementara meleret ke kiri dan kanan, pengguna boleh menukar gaya WATCH FACE jam tangan pada bila-bila masa.

Selain itu, OPPO Band juga menyediakan banyak gaya untuk WATCH FACE. Pengguna dapat mencari lebih dari 160 gaya dari aplikasi termasuk kesihatan, seni, klasik, jam dunia dan sebagainya. Selain itu, pengguna juga dapat menggunakan foto sendiri untuk reka bentuk WATCH FACE.

Pengalaman penggunaan fungsi gelang

•Penjejakan data kesihatan•

Sebagai gelang pintar yang fokusk pada pengesanan data kesihatan, OPPO Band mempunyai fungsi pemantauan harian seperti pemantauan oksigen darah yang berterusan, pemantauan kualiti tidur, dan pemantauan denyutan jantung 24 jam. Gelang ini menggabungkan pelbagai data pemantauan untuk memberi analisis yang profesional dan cara penambahbaikkan. Semua data kesihatan dapat dilihat dari aplikasi “HeyTap Health”, yang sangat mudah digunakan dan difahami.

Di samping itu, sensor denyutan jantung optik yang terbina dalam OPPO Band dapat menyokong pemantauan denyut jantung tanpa gangguan 24 jam. Pengguna juga dapat menetapkannya setiap hari dan menggunakan nilai amaran denyutan jantung dalam aplikasi. Apabila deyutan jantung terlalu tinggi, gelang ini dapat memberi peringatan getaran masa nyata untuk memberi amaran mengenai risiko kesihatan terlebih dahulu.

Walaubagaimanapun, pemantauan ketepuan oksigen darah akan ditutup terus. Oleh itu, pengguna perlu menghidupkannya, tetapi pengguna perlu memperhatikan bahagian ini mungkin akan mempengaruhi jangka hayat bateri, tetapi jangka hayat bateri keseluruhan OPPO Band masih sangat kuat dalam penggunaan harian. 

•Mod senaman•

OPPO Band menyediakan 12 mod senaman yang merangkumi senaman yang biasa. Yang paling istimewa ialah gelang ini juga mempunyai mod senaman berjalan yang mengurangkan lemak. Sebelum mula berlari, aplikasi akan menyediakan kaedah latihan yang biasa kepada pengguna, dan memberi panduan masa nyata berdasarkan degupan jantung semasa berlari. Setelah sesi tersebut berakhir, kesan pengurangan lemak akan dinilai, dan gelang akan memantau kualiti larian pengurangan lemak sepanjang keseluruhan proses untuk meningkatkan kecekapan pembakaran lemak dengan berkesan. Selain itu, pengguna dapat melihat laluan latihan mereka sendiri dalam aplikasi, atau menetapkan matlamat, meringkaskan laluan latihan, dan merancang latihan pengguan.

• Daya ketahanan bateri •

OPPO Band mempunyai bateri 100mAh yang terbina dalam untuk membolehkan pengguna menggunakannya secara berterusan lebih dari 12 hari dalam keadaan yang terisi penuh. Semasa pemantauan denyutan jantung setiap 6 minit dihidupkan, pemberitahuan masih akan diterima secara normal; jika pengguna mengaktifkan pemantauan tidur dan oksigen darah dalam masa nyata, jangka hayat bateri gelang masih dapat mencapai lebih dari 7 hari, dan prestasi hayat bateri memang sangat baik.

Dari segi pengisian bateri, OPPO mengatakan bahawa hanya memerlukan 1.5 jam untuk mengisi bateri gelang dengan cepat. Menurut reviu sebenar admin, gelang memerlukan masa agak 1 jam dan 28 minit untuk mengisi penuh, memang tepat dengan pernyataan rasmi dan prestasi pengecasannya juga sangat baik.

• Ketahanan air 50 meter •

Sudah tentu, sebagai gelang pintar yang sesuai untuk senaman, Band OPPO menyokong ketahanan air 50 meter, langsung tidak ada masalah untuk memakainya sepanjang hari atau untuk melakukan senaman yang sengit. Walaupun pengguna menggunakannya semasa mandi atau berenang, langsung tidak perlu bimbang!

Apa Kata Editor!

Dengan kemajuan sains dan teknologi, gelang pintar juga dapat mencapai fungsi pemantauan ketepuan oksigen darah yang berterusan. OPPO Band bukan sahaja berjaya melakukannya, bahkan juga menyediakan fungsi pemantauan kesihatan yang lengkap termasuk ketepuan oksigen darah, degupan jantung, pemantauan tidur dan sebagainya. Mod senaman juga dapat memenuhi penggunaan harian, mudah untuk lihat maklumat pemberitahuan telefon bimbit serta-merta, langsung tidak perlu mengambil telefon bimbit.

Sudah tentu, OPPO Band juga agak selesa bagi admin. Ukuran keseluruhan badan adalah tepat, langsung tidak akan rasa tidak selesa walaupun memakainya selama jangka masa yang panjang, dan tidak mempengaruhi pemakaian korang yang fesyen ~

Harga OPPO Band adalah RM159, pengguna boleh pergi ke laman web rasmi OPPO Malaysia untuk membeli atau mendapat maklumat yang lebih lanjut.

You might also like