Precision Aviation Group, Inc. (PAG) mengambil alih Keystone Turbine Services, LLC. (KTS)

PAG memperluas keupayaan Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO) untuk merangkumi Enjin Rolls-Royce M250.

ATLANTA, 24 Mei 2021 /PRNewswire/ — Precision Aviation Group, Inc. (PAG), sebuah syarikat penyedia perkhidmatan produk dan nilai tambah terkemuka kepada industri Aeroangkasa dan Pertahanan di Seluruh Dunia, hari ini telah mengumumkan pengambilalihan Keystone Turbine Services (KTS) di Coatesville, Pennsylvania. KTS mengkhususkan dalam menyediakan perkhidmatan penuh dalam bidang Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (“MRO”) selepas jualan yang diluluskan OEM untuk pengendali enjin turbin gas Rolls-Royce siri M250, bersama-sama dengan aksesori Honeywell dan Triumph serta komponen, alat ganti dan sokongan perkhidmatan lapangan yang berkaitan.

David Mast, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif PAG menyatakan, “Kami teruja untuk memasukkan KTS ke dalam Kumpulan Syarikat Precision Aviation.  Penyertaan KTS akan meningkatkan stesen pembaikan PAG kepada 12 buah di seluruh dunia dan mempelbagaikan lagi keupayaan MRO kami dengan memperluas perkhidmatan kami untuk Enjin Rolls-Royce M250.  Seperti PAG, KTS mempunyai sejarah dalam menyampaikan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa, produk terkemuka industri dan penyelesaian pembaikan yang menjimatkan kos kepada para pelanggannya. Melalui Stesen Pembaikan kami yang terletak di lokasi strategik yang menyediakan pelbagai Perkhidmatan MRO khusus Sayap Berputar di seluruh dunia, organisasi gabungan kami kini akan lebih lengkap untuk memberikan sokongan tambahan kepada pengendali Rolls-Royce M250.”

Rob Ruck, bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) KTS, mengulas, “KTS sangat bersemangat untuk menyertai PAG kerana mereka merancang untuk mengembangkan lagi penawaran produk dan perkhidmatan KTS, melakukan pelaburan yang signifikan ke arah penawaran produk baharu, mengemas kini proses dan memperkenalkan keupayaan pembaikan baharu. Kami telah bekerjasama rapat dengan pasukan pengurusan PAG di sepanjang proses pengambilalihan ini dan percaya perkongsian ini akan memberi manfaat yang signifikan kepada pelanggan, vendor dan pekerja kami.” 

Precision Aviation Group (PAG) ialah penyedia utama produk dan perkhidmatan nilai tambah untuk industri aeroangkasa dan pertahanan di seluruh dunia. Dengan 12 buah Stesen Pembaikan dan lebih 450,000 kaki persegi kemudahan jualan dan perkhidmatan di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Singapura dan Brazil – PAG menggunakan unit perniagaannya yang tersendiri dan model perniagaan yang berfokuskan pelanggan untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan penerbangan melalui dua fungsi perniagaan – Rantaian Bekalan Penerbangan – dan Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih yang Disokong oleh Inventori (ISMRO®) yang mempunyai tanda dagangannya. 

PAG menyediakan MRO dan Penyelesaian Rantaian Bekalan untuk pesawat bersayap Tetap dan Berputar. Anak syarikat PAG mempunyai keupayaan MRO ke atas lebih daripada 32,000 produk, termasuk Aksesori, Avionik, Komponen Dinamik, Enjin, Aksesori Bahan Api, Paparan Panel Kaca, Hidraulik, Instrumen, Gear Pendaratan, Pemula/Generator dan Roda/Brek. (www.precisionaviationgroup.com ).

Tentang Keystone Turbine Services (KTS)

Dengan pengalaman lebih dari 45 tahun, KTS adalah Pusat Pembaikan Penyelenggaraan & Baik Pulih yang Diberi Kuasa (AMROC) yang kedua terbesar Rolls-Royce yang menyokong semua varian enjin, modul, aksesori dan komponen Siri M250. Selain itu, KTS juga merupakan Stesen Pembaikan Bahagian 145 yang diperakui oleh FAA dan EASA serta Stesen Pembaikan dan Jaminan yang Sah Honeywell (AWARS) untuk Baik Pulih, Pembaikan dan Pengujian Rolls-Royce M250, Kawalan Bahan Api Pratt & Whitney PT6A dan PT6T, Sistem Kawalan Turbin Berkuasa dan aksesori-aksesori berkaitan. (www.keystoneturbines.com).

Keystone Turbine Service employees work on engine parts and assemblies.
Keystone Turbine Service employees work on engine parts and assemblies.

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/05/precision-aviation-group-inc-pag-mengambil-alih-keystone-turbine-services-llc-kts.jpg

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/05/precision-aviation-group-inc-pag-mengambil-alih-keystone-turbine-services-llc-kts-1.jpg

Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Computer/Electronics Electronic Components Travel Acquisitions, mergers, takeovers

Source: PRNEWSWIRE

You might also like