realme 8 5G Kini Rasmi!!! – Hadir Dengan Spesifikasi Yang Lebih Besar & Dijual Pada Harga Kira-Kira RM1313!

Ada sesuatu yang menarik buat peminat relame apabile realme 8 5G kini telah pun di rasmikan di Thailand dan dijual pada harga BHT 10,000 (kira-kira RM1,313).

Bagi spesifikasi peranti ini, ia hadir dengan skrin besar bersaiz 6.5″ LCD HD+ dan dipadankan dengan kadar segar semula 90Hz!!! Dari aspek dalaman pula, ia disertakan dengan pemproses MediaTek Dimensiti 700 dan dipadankan dengan RAM sebesar 6GB LPDDR4X dan storan sebesar 128GB.

Dari aspek kapasiti bateri pula, ia disertakan dengan bateri yang sangat besar iaitu 5000mAh yang mana ia hadir dengan pengecasan pantas 18W. Kamera juga tidak mengecewakan apabila ia disertkan dengan sistem 3 kamera dengan lensa utamanya adalah 48MP dan kamera hadapan adalah 16MP.

Peranti ini turut menyokong Bluetooth 5.1, NFC dan banyask lagi.

You might also like