
OPPO kini telah mengumumkan bahawa OPPO A74 kini Sudah tiba di Malaysia dan dijual pada harga RM1099 sahaja!!

Peranti ini hadir dengan skrin bersaiz 6.5″ dan disertakan dengan kadar segar semula 90Hz.
Dari aspek dalaman pula, ia hadir dengan pemproses Snapdraon 480 5G dan dipadankan dengan Ram sebsar 6GB dan storan 128GB.
Kamera juga tidak mengecewakan apabila ia hadir dengan 48MP + 8MP + 2MP + 2MP bagi kamera belakang dan 16MP bagi kamera hadapan. Kapasiti bateri pula adalah 5000mAh.