Bursa Saham Arab Saudi (Tadawul) Mengumumkan Transformasinya menjadi Sebuah Syarikat Pemegangan (Saudi Tadawul Group) Sebagai Persediaan untuk IPO

104
- Iklan -

RIYADH, Arab Saudi, 8 April 2021 /PRNewswire/ —

  • Empat buah anak syarikat di bawah naungan Kumpulan baharu ini memberi tumpuan kepada pertumbuhan dan inovasi
  • Pelancaran sebuah syarikat bursa saham khusus (Bursa Arab Saudi) dan sebuah syarikat penyelesaian teknologi gunaan (Wamid) bermatlamat untuk mengukuhkan keupayaan Kumpulan dalam penyelesaian dan perkhidmatan berasaskan teknologi dan inovasi
  • Transformasi ini akan memperkukuh kedudukan Saudi Tadawul Group sebagai destinasi pelaburan yang menarik untuk para pelabur dan bursa pilihan untuk para pengeluar
  • Sarah Al-Suhaimi akan menjadi Pengerusi Kumpulan baharu ini dan Ir. Khalid Al-Hussan akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan 
  • Transformasi ini mewujudkan platform yang diperlukan untuk merealisasikan objektif strategik Kumpulan dan mengukuhkan infrastrukturnya sebelum pelancaran IPO pada tahun ini (2021)

Bursa Saham Arab Saudi (Tadawul), hari ini mengumumkan transformasinya menjadi struktur kumpulan pemegangan dan mengukuhkan keupayaannya dalam inovasi teknologi dengan melancarkan sebuah syarikat penyelesaian teknologi gunaan khusus, Wamid.  Transformasi ini menandakan satu fasa baharu dalam sejarah Kumpulan tersebut dan memberi isyarat tentang kesediaannya untuk IPO pada tahun 2021. 

Bursa Saham Arab Saudi (Tadawul) Mengumumkan Transformasinya menjadi Sebuah Syarikat Pemegangan (Saudi Tadawul Group) Sebagai Persediaan untuk IPO
Bursa Saham Arab Saudi (Tadawul) Mengumumkan Transformasinya menjadi Sebuah Syarikat Pemegangan (Saudi Tadawul Group) Sebagai Persediaan untuk IPO

Tadawul mengumumkan pelancaran sebuah syarikat pemegangan, Saudi Tadawul Group yang akan menjadi syarikat induk dengan satu portfolio yang terdiri daripada empat anak syarikat: Bursa Arab Saudi, sebuah perniagaan bursa saham khusus (sebelum ini dikenali sebagai Syarikat Bursa Saham Arab Saudi – Tadawul), Syarikat Pusat Penjelasan Sekuriti (Muqassa), Syarikat Pusat Depositori Sekuriti (Edaa) dan Wamid – sebuah perniagaan perkhidmatan teknologi gunaan inovatif baharu yang memberi tumpuan kepada penyediaan inovasi dan teknologi permulaan dalam ekonomi Arab Saudi melalui inovasi yang pragmatik.

Pelancaran Wamid akan menambah keutuhan dan kepelbagaian Saudi Tadawul Group serta tawaran daripada anak syarikatnya, mengukuhkan infrastruktur pasaran melalui penyelesaian inovatif dan merebut peluang pengembangan melalui pelaburan yang disasarkan dalam pelbagai sektor dan industri. Ia akan meningkatkan daya tarikan pasaran modal Arab Saudi dalam kalangan para pelabur global dan mengukuhkan kedudukannya sebagai bursa pilihan bagi para pengeluar.

Kumpulan ini akan mendapat manfaat daripada integrasi dan sinergi antara anak syarikatnya dan memastikan operasi antara kumpulan yang cekap di seluruh organisasi. Kebebasan beroperasi oleh setiap anak syarikat akan mewujudkan persekitaran yang tangkas yang menyokong tindak balas pantas terhadap trend pasaran tempatan dan global yang sentiasa berkembang. Ia juga akan memudahkan pengenalan perkhidmatan terbaik kepada semua peserta pasaran, kepelbagaian peluang pelaburan dan pembangunan berterusan pasaran modal Arab Saudi, infrastruktur serta penawaran ahlinya.

Untuk memimpin struktur Kumpulan ini, Sarah Al-Suhaimi yang kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Tadawul akan dilantik menjadi Pengerusi Saudi Tadawul Group, manakala Ir. Khalid Al-Hussan akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. 

Mohammed Al-Rumaih yang mempunyai pengalaman lebih 17 tahun dalam sektor kewangan telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (Bursa Arab Saudi). Sebelum ini, Al-Rumaih telah memegang pelbagai jawatan pentadbiran dan kepemimpinan di Tadawul serta menyelia pembangunan beberapa buah instrumen kewangan, penyenaraian dan inisiatif pemasaran utama.

Seterusnya, Mohammed Al-Nory telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (Wamid). Al-Nouri membawa pengalaman selama 16 tahun dalam perbankan komersial dan pelaburan dengan pengetahuan yang luas dalam kewangan korporat, pembangunan perniagaan dan produk Pasaran Modal. 

Semasa persidangan media yang berlangsung secara maya pada hari ini, Sarah Al-Suhaimi, Pengerusi Saudi Tadawul Group berkata: “Transformasi kepada struktur baharu di bawah Saudi Tadawul Group ini akan menyokong pertumbuhan berterusan pasaran modal Arab Saudi dan mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran global dan pasaran modal canggih.”

“Ini merupakan pencapaian yang signifikan dalam perjalanan kami untuk mengubah ekonomi Arab Saudi. Pembaharuan pasaran modal yang komprehensif bukan sahaja bijak tetapi penting dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi dan mencapai matlamat negara bagi memastikan kejayaan Wawasan 2030 Arab Saudi serta sejajar dengan strategi Dana Pelaburan Awam (PIF),” tambah Al-Suhaimi.

Ir. Khalid Al-Hussan, Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Tadawul Group mengulas: “Struktur baharu ini akan membolehkan kami menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi di seluruh barisan perniagaan kami, meningkatkan daya saing dan menyelaraskan pasaran modal kami dengan pertumbuhan pesat Pasaran Baru Muncul. Saya yakin bahawa Saudi Tadawul Group dan anak syarikatnya akan mencorakkan pembangunan pasaran modal seterusnya di Arab Saudi dan berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan pelabur global dengan ekonomi serantau. Transformasi ini menyediakan suatu platform yang kukuh untuk pelancaran IPO Saudi Tadawul Group.”

Al-Hussan menyambung: “Transformasi kepada sebuah kumpulan syarikat merupakan sebahagian daripada program pembangunan berterusan. Program pembangunan ini memberi tumpuan kepada meningkatkan pasaran modal, menarik pelaburan asing dan mempelbagaikan ekonomi sambil menyokong pengeluar dan pelabur untuk mencapai hasrat mereka serta menyediakan mereka dengan akses kepada peluang pelaburan yang menarik yang dianggap sebagai modal kewangan masa hadapan untuk rantau ini.”

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/04/bursa-saham-arab-saudi-tadawul-mengumumkan-transformasinya-menjadi-sebuah-syarikat-pemegangan-saudi-tadawul-group-sebagai-persediaan-untuk-ipo.jpg

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Accounting news, issues Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE