- Iklan -

RightOfTheDot, LLC Menyatukan Gergasi Hartanah Digital

Menganjur lelongan nama-nama domain yang mempunyai permintaan tinggi 

POMPANO BEACH, Florida, 11 Februari 2021 /PRNewswire/ — Bidang terpenting dalam hartanah digital untuk perniagaan pada masa kini ialah nama domain, terutamanya sewaktu penularan pandemik Covid-19 ini. RightOfTheDot, LLC telah menganjurkan lelongan nama domain premium dalam talian unik dan secara langsung yang akan mengumpulkan koleksi aset hartanah digital paling berharga yang pernah ditawarkan di mana-mana sahaja.

Live domain name auction. (Photo Courtesy of DNJournal.com)
Live domain name auction. (Photo Courtesy of DNJournal.com)

RightOfTheDot, LLC ialah firma penjualan nama domain Internet, pembrokeran, pelelongan, perundingan dan khidmat nasihat yang terkemuka dalam industri domain yang diterajui oleh usahawan bersiri terkenal dunia, Monte Cahn, berbesar hati mengumumkan lelongan nama domain secara langsung dan dalam talian buat julung kali, menampilkan beberapa nama domain yang paling diminati yang tersedia di mana-mana sahaja.

Pada 25 Februari 2021, RightOfTheDot serta penulis buku terlaris dan Pelelong Juara Dunia (World Champion Auctioneer), Wayne Wheat akan memulakan lelongan 75 hingga 100 nama-nama domain yang sangat premium. Lelongan langsung ini akan berlangsung pada 25 Februari 2021 bermula pada jam 12:00 tengah hari CST di https://ROTD.hibid.com/, yang akan didahului dengan lelongan dalam talian yang ditetapkan masa untuk ratusan lagi nama domain yang tersedia. Lelongan langsung ini akan disiarkan secara siaran web dalam masa nyata dari studio penerbitan video secara langsung di College Station Texas.

Antara nama-nama domain yang dilelong ialah: RESTAURANTS.COM, NAMES.COM, SORORITY.COM, CATS.COM, ASIAN.COM, SHORTS.COM, AUTOLOANS.COM, SMARTPHONE.COM, BRONCOS.COM, ADVERTISINGAGENCY.COM, PUBLISHING.COM, DATASTORAGE.COM, AUTOMOBILE.COM, SHOPPING.CLUB, COLLEGE.ORG, FINALSCORE.COM, EXCHANGERATES.COM, VACCINATING.COM dan banyak lagi. Nama-nama domain ini mewakili beberapa nama terbaik yang pernah ditawarkan pada satu tempat.

Monte Cahn dan RightOfTheDot mempunyai sejarah panjang menerbitkan lelongan nama domain secara langsung dan dalam talian di tempat-tempat di seluruh dunia yang telah memecahkan rekod. Jualan lelongan yang lalu termasuk: SLOTS.COM $5.5 juta, CREDITSCORE.COM $3 juta, COMPUTER.COM $2.2 juta, AUTOS.COM $2.1 juta, SENIORS.COM $1.8 juta, DATING.COM $1.7 juta, SCORES.COM $1.2 juta, SUPER.COM $1.2 juta, GREAT.COM $900k, OL.COM $900k, LEADS.COM $435k, HOMECARE.COM $350k SINGLE.COM $290k, WINE.CLUB $140k dan banyak lagi jualan domain dengan 4 hingga 8 angka, berjumlah lebih $550 juta sepanjang 25 tahun yang lalu!

“Oleh kerana semakin banyak perniagaan beralih ke dalam talian, terutamanya disebabkan pandemik Covid-19, permintaan dan nilai untuk nama domain premium akan terus meningkat kerana pemilik perniagaan menyedari keperluan mereka untuk memiliki nama domain yang luar biasa untuk terus berdaya saing,” kata Monte Cahn, Presiden/Pengarah RightOfTheDot, LLC. “Lelongan domain premium secara langsung dan dalam talian ini memberi peluang unik kepada pemilik perniagaan dan pelabur untuk mendapatkan beberapa nama domain terbaik dan unik yang tersedia di mana-mana sahaja!”

Bagi membida untuk sesuatu nama, anda perlu mendaftar untuk akaun bidaan di sini: rotd.hibid.com.

Tentang RightOfTheDot, LLC
Diterajui oleh Perintis Industri Domain, Monte Cahn, RightOfTheDot ialah sebuah syarikat pelelongan perniagaan & domain berlesen, firma perundingan dan khidmat nasihat Internet yang mengkhusus dalam pelelongan domain premium, penjualan, pembrokeran di Domain Peringkat Tertinggi yang baharu dan sedia ada. RightOfTheDot juga mengkhusus dalam Perkhidmatan Resolusi Perebutan (Contention Resolution Services), lembaga khidmat nasihat, kedudukan pasaran domain premium, penjualan dan perkhidmatan. Monte ialah Pengasas dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif Moniker.com, mantan Presiden SnapNames.com dan mantan Naib Presiden Kanan DomainSponsor.com. Monte Cahn dan RightOfTheDot telah terlibat dalam lebih 1,000 lelongan langsung dan dalam talian serta meraih $550 juta dalam penjualan domain sejak tahun 1995.

Sila hubungi: Monte Cahn, 954-288-6810, monte@rightofthedot.com

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/02/rightofthedot-llc-menyatukan-gergasi-hartanah-digital.jpg

Keywords: Advertising Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Future Events

Source: PRNEWSWIRE

You might also like