- Iklan -

Reviu Eksklusif: OPPO A15 Menunjukkan Reka Bentuk Yang Anggun Dalam Kelas Mampu-Milik Dengan Harga RM499 Sahaja!

Baru-baru ini, OPPO menumpukan perhatian untuk melancarkan siri OPPO Reno 5, tetapi OPPO juga tidak lupa membawa masuk OPPO A15 yang anggun untuk pengguna yang mencari telefon mampu milik! Kita bernasib baik kali ini, dapat review OPPO A15!Pandangan pertamanya agak bagus. Kualiti keseluruhannya lebih tinggi daripada yang dijangkakan. Skema warnanya yang kita dapat ialah Fancy White. Jom kita tengok macam mana pengalaman sebenarnya!

Rupa sebenarnya dari segi 360 °


Dari segi reka bentuk, OPPO A15 masih tradisional. Ia menggunakan waterdrop screen, tiada sebarang tetapan di bahagian atas, slot kad di sebelah kiri (2x Nano SIM + 1x mikroSD), butang kuasa dan kelantangan di sebelah kanan. Terdapat bicu fon telinga 3.5mm, mikrofon, port pengecasan mikroUSB dan pembesar suara di bahagian bawah telefon. Keseluruhan bingkai tengahnya diperbuat daripada plastik. 

Rekaan bahagian sisi belakangnya yang melengkung memberi cengkaman yang baik di tangan. Dalam bahagian belakang, ia mempunyai 3 kamera yang tidak menonjol berada di kiri atas manakala pengimbas cap jari terletak di tengahnya. Keseluruhannya diperbuat daripada plastik, tetapi masih boleh nampak beberapa lapisan pemprosesan. Kesan visualnya sangat baik, ia tergolong dalam kategori yang agak stabil dan anggun. Beratnya hanyalah 175g dan ketebalannya adalah 7.9mm!

6.52” HD+ waterdrop Screen memberi paparan yang baik


Bahagian depan OPPO A15 menggunakan 6.52” HD+ waterdrop Screen 720 × 1600 (HD +), dengan nisbah 20: 9, dan kerapatan pikselnya ialah 269 ppi. Korang boleh tengok video, foto atau teks pada jarak normal tanpa bergerigi di tepi.

Cip MediaTek Helio P35 12nm 


Bagi bahagian pemproses, OPPO A15 menggunakan cip MediaTek Helio P35 yang dihasilkan pada tahun 2018, terdiri daripada octa-core 4 × 2.35 GHz Cortex-A53 + 4 × 1.8 GHz Cortex-A53. Yang ini boleh dikategorikan sebagai cip yang lebih lama dan prestasinya hampir sama dengan Snapdragon 439 / Snapdragon 625.

Dari segi GPU, PowerVR GE8320 bertanggungjawab untuk output dalam 680MHz, agak tak sesuai untuk game yang berat. Ini adalah versi RAM 3 GB + 32 GB ROM. Kelancaran keseluruhannya  agak luar biasa, tetapi kadang-kadang ada sedikit lag semasa bermain game. Apabila aplikasi yang lebih besar digunakan, phone ini agak lag, tetapi telefon ini semestinya tidak ada masalah untuk pengguna yang main mobile game biasa!

Gaming Test

Kekuatan OPPO A15 jelasnya bukan dalam bahagian gaming. Admin cuba main PUBG Mobile dengan kualiti gambar “lancar” dan mendapati bahawa kadar bingkai tertinggi yang dicapai olehnya  ialah “sederhana” sahaja. Macam ini agak sukar untuk operasi permainan FPS yang menuntut standard yang tinggi. Jika korang ingin menggunakannya untuk makan ayam, korang boleh muat turun GFX Tools untuk menurunkan kualiti gambar dan mencapai kadar bingkai yang lebih tinggi!


OPPO A15 mampu memberi cengkaman yang baik di tangan. Jack fon kepala terletak di bawah sebelah kirinya. Oleh itu, korang mesti terbalik ia semasa memegangnya secara mendatar untuk mengelakkan soket fon telinga tersekat di tapak tangan korang.

Waterdrop screen tidak akan menyekat terlalu banyak dengan permainan, tetapi terus menggunakan prestasi + rakaman skrin untuk makan ayam, badan telefon akan panas sedikit. Walaupun begitu, OPPO A15 memang bukan dilahirkan untuk gaming, macam ini boleh dimaafkan!

Ujian pembesar suara mono

OPPO A15 hanya bergantung pada pembesar suara mono di bahagian bawah bagi output bunyi. Walaupun menggunakan pembesar suara mono, kelantangannya mencukupi dan korang dapat dengar dengan jelas di persekitaran yang bising, jadi korang tidak perlu risau korang akan miss panggilan telefon. Dari segi kualiti suara, suara manusia sangat jelas, treble agak kasar, midrange bagus, tetapi bass tidak cukup. Walaupun begitu, admin rasa telefon bimbit harga ini tidak boleh minta terlalu banyak. Pengguna yang mahukan kualiti suara yang lebih baik disyorkan untuk membawa fon telinga sendiri!

Pengimbas cap jari

Tindak balas pengimbas cap jari di bahagian belakang boleh dikatakan cukup pantas, dan ia boleh dicetuskan segera, tetapi proses membuka dan memasuki agak tidak stabil. Nampaknya, OPPO perlu memperhatikan ini dalam peningkatan sistem pada masa depan.

Selain itu, kedudukan pengimbas cap jari yang terletak di bahagian atas agak susah untuk menggunakannya. Tapak tangan admin agak besar, tetapi setelah ibu jari mencapai butang kuasa, jari telunjuk masih tidak dapat menutup pengimbas cap jari sepenuhnya.  Ini agak susah bagi pengguna yang mempunyai tangan yang kecil!

Bateri 4230mAh + pengecasan 10W

Kapasiti bateri OPPO A15 disertakan dengan 4230mAh. Walaupun kapasitinya bukan super besar, tetapi admin percaya bahawa ini bukan masalah besar untuk penggunaan biasa selama dua hari dengan operasi kuasa rendah skrin HD + dan cip 12nm! Setelah admin caj penuh OPPO A15, sistem menunjukkan bahawa masa bateri boleh digunakan ialah 2 hari 2 jam.

OPPO A15 boleh mengisi dari 1% hingga bateri penuh dalam masa 2 jam 55 minit. Masalah dengannya yang memakan masa untuk caj telefon dan penggunaan mikroUSB perlu dipertingkatkan!

Kamera tiga kali ganda 13MP AI / kamera depan 5MP

Oleh sebab OPPO A15 dalam kategori mampu milik, ia disediakan dengan kamera tiga kali ganda AI termasuk lensa utama 13MP f / 2.2 + makro 2MP f / 2.4 + kedalaman 2MP f / 2.4. OPPO A15 ada fungsi seperti Dazzle Color、HDR, pemandangan malam, potret, rakaman selang masa, pelekat, makro, gerakan perlahan, mod Pro dan panorama.

Lensa depan 5MP juga mempunyai fokus maya, fungsi kecantikan AI asas, dan rakaman video dengan 1080p @ 30fps.

Hasil Gambar OPPO A15:

Konklusi

Kelebihan:

  • Kuasa paparan HD + IPS LCD 6.52 waterdrop screen agak bagus
  • Respons pantas terhadap pengimbas cap jari
  • Kesan visual yang baik dari reka bentuk belakang
  • Kapasiti bateri 4230mAh sangat hebat
  • Hanya RM499

Kekurangan:

  • Prestasi MediaTek Helio P35 adalah biasa sahaja
  • Kelancaran sistem perlu dioptimumkan
  • Kapasitinya hanya 3GB RAM + 32GB ROM
  • Prestasi kamera 13MP
  • Masih tersekat di era mikroUSB
You might also like