
YES jenama milik YTL Communications terus memperhebatkan inisiatif Kasi Up dengan penambahan lagi 150 juta GB data percuma untuk rakyat, ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) terkini dilaksanakan di seluruh negara.

Data percuma tersebut boleh didapati menerusi program YES DATABACK, yang menawarkan data percuma kepada para pengguna apabila mereka membeli-belah di dalam platform rakan perniagaan YES. YES DATABACK ketika ini boleh didapati secara eksklusif di dalam Shopee, platform e-dagang nombor 1 di Malaysia. Para pelanggan Shopee akan menikmati 5GB data percuma dengan setiap pembelian berjumlah RM50 di Shopee, dan menerima sehingga 100GB setiap bulan.
Untuk tempoh yang terhad, YES turut menawarkan pelan YES Kasi Up Prepaid 15, berharga RM15/sebulan dan didatangkan dengan 10GB data dengan tempoh sah selama 30 hari, untuk hanya RM1 kepada mereka yang pertama kali membeli kad SIM YES di Shopee. Pek kad SIM berkenaan akan dihantar ke rumah para pengguna Shopee secara percuma.
Inisiatif YES Kasi Up terdiri daripada 4 tonggak utama iaitu:
- YES Kasi Up Prepaid 15, berharga RM15/sebulan menawarkan harga pelan terendah dengan jumlah data paling tinggi dan tempoh sah paling lama;
- YES Kasi Up Postpaid 49, berharga RM49/sebulan untuk 100GB data, dengan langganan percuma selama 6 bulan untuk kontrak selama dua tahun.
- YES Kasi Up Refer & Earn, yang membolehkan para pelanggan YES meraih pendapatan sehingga RM50 setiap kali mereka merujukkan YES kepada rakan-rakan dan ahli keluarga mereka, di mana rakan-rakan dan ahli keluarga mereka juga boleh meraih pendapatan.
- YES DATABACK, yang membolehkan para pembeli mendapat data percuma apabila mereka berbelanja di dalam platform rakan perniagaan YES.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara menuntut YES DATABACK anda di dalam Shopee, sila klik di sini.