- Iklan -

iPhone 12 Mini & iPhone 12 Pro Ditawarkan bermula 13 November Di Malaysia & Dijual Pada Harga Bermula Dari RM3399!!!

Berita baik buat mereka yang ingin memiliki peranti iPhone 12 Mini dan iPhone 12 Pro Max, Apple mengumumkan bahawa ia bakal ditawarkan di Malaysia pada 13 November ini.

iPhone 12 Mini bakal hadir dengan varian 64GB dan 128GB manakala bagi iPhone 12 Pro Max pula, ia hadir dengan 128GB, 256GB, dan 512GB.

Berikut adalah harga jualan bagi peranti ini:

  • iPhone 12 Mini: bermula dari RM3399
  • iPhone 12 Pro Max: RM5299

Seperti yang diketahui, peranti iPhone 12 ini tidak dihadirkan dengan kepala pengecas dan earphone.

You might also like