
One Drop Umum Pembiayaan Hampir $100J dan Komitmen oleh Bayer
![]() |
![]() |
Pembiayaan $98.7J, yuran pembangunan dan komitmen pencapaian komersial mempercepatkan pembangunan dan pengkomersialan platform kesihatan digital One Drop dan keupayaan prediktif dipacu data dalam pelbagai bidang terapi
NEW YORK, 24 Ogos 2020 /PRNewswire/ — One Drop, peneraju bagi penyelesaian digital untuk individu yang menghidap diabetes dan keadaan kronik yang lain, hari ini mengumumkan satu perjanjian baharu dengan Bayer untuk bersama-sama membangunkan produk kesihatan digital untuk pelbagai bidang terapi yang berasaskan platform penjagaan diri yang prediktif, bersifat pencegahan dan diperibadikan. Ia telah menutup pembiayaan Siri C bernilai $34.7 juta yang dipimpin oleh Bayer serta $64 juta bagi yuran pembangunan dan bayaran pencapaian komersial berpotensi.
Perjanjian baharu ini menunjukkan komitmen Bayer terhadap perkongsiannya dengan One Drop dan visi One Drop terhadap penjagaan diri dikuasakan data, cekap dan diperibadikan sebagai masa depan pengurusan keadaan kronik. Penyelesaian One Drop yang berjaya didorong oleh data, memanfaatkan lebih daripada 13 bilion titik data kesihatan yang pelbagai daripada pengguna yang telah memuat turun One Drop lebih tiga juta kali. Platform dikuasakan data ini membolehkan ramalan kesihatan diserahkan melalui pengalaman bertumpu pengguna yang menyediakan intervensi yang tepat pada waktu yang tepat.
Biarpun kini One Drop menyokong orang ramai dari segi pengurusan diabetes, pradiabetes, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi atau mana-mana kombinasi keadaan ini, komitmen pembangunan $64 juta Bayer dan pencapaian komersial berpotensi akan membantu meluaskan penyelesaian One Drop yang terkemuka dalam industri ke dalam bidang tumpuan Bayer, contohnya kardiologi, onkologi dan kesihatan wanita. Seni bina modular penyelesaian One Drop akan membolehkan pengembangan ke dalam bidang terapi baharu. Daripada merawat keadaan individu, pengalaman penjagaan diri One Drop akan menyokong semua keadaan yang mungkin dikendalikan oleh seseorang individu, menyampaikan pendekatan individu keseluruhan yang memacu hasil yang mampan.
“Bagi menyampaikan hasil kesihatan dan penjimatan kos yang lebih baik pada peringkat populasi, kita harus memberi tumpuan pada individu,” kata Jeff Dachis, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas. “One Drop menyediakan program transformasi kesihatan diperibadikan yang disesuaikan secara dinamik dengan keperluan dan tingkah laku anda pada setiap hari, memperkasa setiap individu bagi mencapai hasil kesihatan sebaik mungkin. Sebaliknya, platform-platform lain yang kekurangan kekayaan data kami dan enjin prediktif terus memberi tumpuan pada teleperubatan dan pemantauan jarak jauh, bertindak balas terhadap masalah yang telahpun berlaku dan menyampaikan model yang digunakan dalam semua keadaan yang mana ia berfungsi untuk sesetengah keadaan, namun tidak berfungsi untuk kebanyakannya.”
Platform kesihatan digital One Drop telah disediakan kepada pengguna, majikan, penanggung insurans dan penyedia penjagaan kesihatan sejak tahun 2016 dan keberkesanannya telah disahkan oleh lebih 20 kajian berwasit yang menunjukkan penambahbaikan ketara dalam kawalan glisemik dalam kalangan individu yang menghidap diabetes dalam masa sesingkat satu bulan. Paling terkini, di Sesi Saintifik Persatuan Diabetes Amerika Tahunan kali ke-80, One Drop membentangkan ramalan hasil A1C, tekanan darah dan berat dalam tempoh jangka panjang untuk individu yang menghidap diabetes, hipertensi dan pradiabetes, selain ramalan hipoglisemia semalaman untuk pengguna pemantauan glukosa berterusan (CGM). Ramalan ini dikuasakan oleh data populasi terkumpul yang sama yang memacu model pembelajaran mesin di sebalik ramalan dan pandangan kesihatan One Drop. Pada masa kini, pengguna One Drop boleh menerima ramalan glukosa lapan-jam, berserta nasihat waktu sebenar untuk senaman, diet dan penyesuaian gaya hidup, setiap kali mereka melog data dalam aplikasi One Drop.
“Membina model perniagaan digital baharu merupakan elemen utama dalam strategi perniagaan kami dengan cita-cita untuk membentuk masa depan penjagaan kesihatan dengan aktif,” kata Jeanne Kehren, PhD, Ketua Inovasi Digital & Komersial serta Ahli Jawatankuasa Eksekutif Farmaseutikal Bayer AG. “Kami yakin bahawa pendekatan dipacu data akan memperkasa pesakit untuk mendorong hasil yang lebih baik buat diri mereka sendiri dan akan mengembalikan individu, bukannya penyakit sebagai titik tumpuan. Kolaborasi baharu bersama One Drop membolehkan Bayer untuk mempercepatkan lagi evolusinya ke arah perniagaan kesihatan digital dan membuka jalan bagi penawaran perkhidmatan pesakit penjagaan bersepadu yang baharu.”
Dengan memberi tumpuan pada individu, penyelesaian pintar daripada One Drop merapatkan jarak terakhir antara penjagaan kesihatan dan penjagaan diri dengan memenuhi keperluan pemegang kepentingan dalam seluruh industri, bermula daripada penyedia yang mahukan penjagaan pesakit yang lebih baik, kepada pengeluar yang ingin memaksimumkan keberkesanan dan akhirnya kepada pembayar yang berusaha untuk meningkatkan hasil dan menurunkan kos penjagaan kesihatan.
Latar Belakang One Drop
One Drop mewujudkan semula apa yang dapat dicapai dengan memanfaatkan kuasa sains klinikal, sains tingkah laku dan AI yang canggih bagi mengubah kehidupan orang ramai yang mengalami keadaan kronik di seluruh dunia. Berasaskan bukti dan berkesan secara klinikal, platform kesihatan digital One Drop menyediakan latihan bersemuka dan rancangan transformasi kesihatan diperibadikan yang menggalakkan perubahan tingkah laku yang positif dan mendorong hasil untuk semua individu, di samping mengurangkan kos untuk penanggung insurans, majikan dan penyedia penjagaan kesihatan mereka. Produk dan perkhidmatan One Drop boleh dibeli dalam aplikasi memenangi anugerah One Drop (iOS dan Android) serta di https://onedrop.today, Walmart, Amazon, BestBuy, Apple Store dan CVS.
Untuk maklumat bagi membantu organisasi anda menurunkan kos penjagaan, hubungi results@onedrop.today.
Latar Belakang Bayer
Bayer ialah sebuah perusahaan global dengan kecekapan terasnya dalam bidang sains hayat yang melibatkan penjagaan kesihatan dan pemakanan. Produk dan perkhidmatannya direka untuk memberi manfaat kepada orang ramai dengan menyokong usaha-usaha untuk menangani cabaran besar yang dibawa oleh penduduk global yang semakin bertambah dan meningkat usia. Dalam masa yang sama, Kumpulan ini bermatlamat untuk meningkatkan kuasa perolehannya dan mencipta nilai melalui inovasi dan pertumbuhan. Bayer komited terhadap prinsip-prinsip pembangunan mampan dan jenama Bayer melambangkan kepercayaan, keandalan dan kualiti di seluruh dunia. Pada tahun fiskal 2019, Kumpulan ini menggaji sekitar 104,000 pekerja dan mencapai jualan sebanyak 43.5 bilion euro. Perbelanjaan modal berjumlah sehingga 2.9 bilion euro, perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) mencecah 5.3 bilion euro. Untuk maklumat lanjut, sila ke www.bayer.com
Dapatkan maklumat lanjut di www.pharma.bayer.com
Khidmat akhbar dalam talian kami hanya dengan satu klik: media.bayer.com
Ikuti kami di Facebook: http://www.facebook.com/pharma.bayer
Ikuti kami di Twitter: @BayerPharma
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Telecommunications Financing agreements Joint ventures Venture Capital
Source: PRNEWSWIRE