Locus tersenarai sebagai Vendor Sampel dalam Kitaran ‘Hype’ untuk Industri Pengangkutan Gartner, 2020

SAN FRANCISCO, 28 Ogos 2020 /PRNewswire/ — Locus, sebuah syarikat SaaS B2B global yang mengautomasikan keputusan manusia dalam logistik, hari ini mengumumkan pengiktirafannya dalam “Hype Cycle for Transportation Industry, 20201” (“Kitaran ‘Hype’ untuk Industri Pengangkutan, 2020”) Gartner sebagai Vendor Sampel dalam kategori Penyelesaian Penghantaran Langkah Terakhir. Gartner ialah sebuah syarikat penyelidikan dan penasihat yang terkemuka.

“Penyelesaian ini merupakan adaptasi daripada penghalaan dan penjadualan tradisi, yang mana laluan boleh dirancang semula dan penghantar akan mengawal proses. Sebilangan besar penyelesaian ini menggunakan AI dan pembelajaran mesin untuk mempercepatkan proses pengoptimuman dan meramalkan kejadian dan kesan mengikut maklumat waktu sebenar,” menurut Gartner dalam laporan kajian.

Platform Locus menggunakan pembelajaran mesin mendalam dan algoritma proprietari untuk menawarkan penyelesaian logistik pintar seperti pengoptimuman laluan, penjejakan waktu sebenar, pandangan dan analitik, pengoptimuman rentak, pengurusan gudang yang cekap, peruntukan dan penggunaan kenderaan. Locus turut membantu syarikat-syarikat mengoptimumkan jaringan rantaian bekalan hujung-ke-hujung mereka menerusi penawaran perundingan strategiknya.

Pada masa kini, Locus bekerjasama dengan pelanggan-pelanggan utama di seluruh Asia Tenggara, Amerika Utara, Eropah dan India. Ia mempunyai pejabat-pejabat di AS, India, Indonesia dan Vietnam. Pengurusan atasan syarikat melibatkan eksekutif-eksekutif daripada Amazon Web Services (AWS), Barclays Capital, Google dan BlueDart (sebuah syarikat DHL) serta saintis data berkelulusan PhD daripada Carnegie Mellon University dan University of Illinois, antara lain.

“Pandemik COVID-19 telah menjadikan logistik langkah terakhir jauh lebih penting. Dengan harapan pelanggan yang semakin meningkat, teknologi penghantaran langkah terakhir hanya akan menjadi lebih kritikal demi kejayaan syarikat-syarikat dan bahkan, akan bertindak sebagai pembeza utama antara jenama-jenama,” kata Nishith Rastogi, Ketua Pegawai Eksekutif, Locus. “Kami benar-benar gembira dinamakan sebagai Vendor Sampel dalam Kitaran ‘Hype’ untuk Industri Pengangkutan Gartner, 2020 dan untuk melihat Penyelesaian Penghantaran Langkah Terakhir menerima penarafan faedah yang ‘tinggi’.”

Baru-baru ini, Locus juga telah dikenal pasti sebagai Vendor Perwakilan dalam laporan “Market Guide for Vehicle Routing and Scheduling” (“Panduan Pasaran untuk Penghalaan dan Penjadualan Kenderaan”) Gartner. 2

Setakat ini, syarikat telah mengumpul sebanyak $29 juta daripada pelabur-pelabur tahap-1 seperti Tiger Global, Falcon Edge, Blume Ventures, Exfinity Venture Partners & growX ventures, antara lain.

Pelanggan Gartner boleh melog masuk untuk membaca kajian penuh di laman sesawang.

1 Gartner, “Hype Cycle for Transportation Industry, 2020,” Ivar Berntz, Venecia Liu, Thierry Kuperman Le Bihan, Pedro Pacheco, 13 Ogos 2020.

2 Gartner, “Market Guide for Vehicle Routing and Scheduling,” Oscar Sanchez Duran, Bart De Muynck, 23 Jun 2020. 

Penafian Gartner  

Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak menggalakkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor-vendor yang mendapat penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Latar Belakang Locus 

Locus ialah platform teknologi mendalam yang mengautomasikan keputusan manusia dalam rantaian bekalan bagi menyediakan kecekapan, ketelusan dan ketekalan dalam operasi logistik.

Platform ini menggunakan pembelajaran mesin mendalam dan algoritma proprietari untuk menawarkan penyelesaian logistik pintar seperti pengoptimuman laluan, penjejakan waktu sebenar, pemahaman dan analitik, pengoptimuman rentak, pengurusan gudang yang cekap, peruntukan dan penggunaan kenderaan. Locus memberi kuasa kepada lebih dua juta penghantaran setiap hari di seluruh Asia Tenggara, Benua Kecil India, Eropah dan Amerika Utara. Kunjungi laman sesawang kami untuk mengetahui lebih lanjut!

Hubungan Media: Sila hubungi Marketing@locus.sh

Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/08/locus-tersenarai-sebagai-vendor-sampel-dalam-kitaran-hype-untuk-industri-pengangkutan-gartner-2020.jpg

Source: PRNEWSWIRE

You might also like