
DJI, peneraju global dalam teknologi dron awam dan pengimejan udara, hari ini memperkenalkan era baharu dalam kreativiti udara dengan dron Mavic Air 2, yang menggabungkan pengimejan berkualiti tinggi, prestasi penerbangan intuitif dan termaju serta teknologi pintar dan selamat dalam dron terbaik yang pernah kami cipta.

Mavic Air 2 menawarkan keupayaan andalan dalam bentuk dron lipat kompak dan mudah digunakan, serta menawarkan ciri kefungsian 8K. Penderia kamera 1/2” lebih besar menawarkan foto dan video beresolusi tinggi untuk menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan pada masa yang sama, mod penerbangan diprogram lebih awal, ciri-ciri pintar dan teknologi pengimejan memudahkan rakaman kandungan yang kelihatan profesional.

Mavic Air 2 ialah dron pertama dalam siri Mavic yang menawarkan video 4K dengan 60 fps dan 120 Mbps. Selain itu, pengguna boleh merakamkan kandungan unik menggunakan video HDR, 4X Slow Motion dalam 1080p pada 120 fps atau 8X Slow Motion dalam 1080p pada 240 fps. Penerbang boleh merakamkan imej 12-megapiksel atau memilih ciri 48-megapiksel resolusi tinggi baharu yang merakamkan foto dengan perincian hebat, manakala gimbal 3-paksi membantu mengurangkan gegaran kamera.

Pra-tempahan Mavic Air 2 dibuka di Malaysia mulai hari ini dan penghantaran hanya akan tersedia sejak 10 Mei. Mavic Air 2 akan tersedia dengan dua pilihan pembelian: pakej standard yang mengandungi Mavic Air 2, satu bateri, kawalan jauh dan semua wayar dan kabel yang diperlukan dengan harga RM3,299, dan pilihan Fly More yang mengandungi semua item dalam versi standard serta beg sandang, penapis ND, hab pengecasan dan 3 bateri dengan harga RM4,299.

