
Pengguna PlayStation 4 Boleh Menebus 2 Permainan Percuma Bermula Hari Ini!!!
Sony telah mengumumkan bahawa mereka akan memberikan 2 permainan percuma kepada pengguna PS4 sama ada mereka pengguna PlayStation Plus atau tidak bermula hari ini.

Program ini hadir dengan 2 bahagian. Bahagian pertama adalah 2 permainan percuma bagi pengguna PS4. Bahagian kedua pula adalah di mana ia bagi meringankan beban studio yang mempunyai masalah kewangan ketika Ekonomi Amerika Syarikat berada dalah keadaan yang tidak stabil.

Sony telah memperuntukkan $10 juta bagi membantu indie developers menghasilkan kandungan bagi PS4.
Permainan percuma ini mempunyai had masa yang terhad. Jadi tunggu apa lagi!!!

