Haier Smart Home Buka Semula Kilang Domestik dan Sambung Semula Pengeluaran Sepenuhnya

308

QINGDAO, China, 3 Mac 2020 /PRNewswire/ — Ekoran langkah-langkah ketat yang dilaksanakan untuk kawalan dan pencegahan Covid-19, Haier Smart Home Co., Ltd. (“Haier”, Shanghai: 600690), pengeluar perkakas rumah yang terkemuka di dunia, mengumumkan bahawa semua kilang domestik di China telah kembali ke kapasiti penuh setakat 25 Februari. Pengumuman ini dibuat selepas usaha berterusan Haier untuk mengekalkan kapasiti globalnya, yang menyaksikan pengeluar mencapai kadar jaminan keseluruhan sebanyak lebih 90% daripada pesanan luar negara semasa wabak tersebut.

Haier Smart Home Reopens Domestic Factories and Resumes Production at Full speed.
Haier Smart Home Reopens Domestic Factories and Resumes Production at Full speed.

Meskipun menghadapi kapasiti terhad yang dibawa oleh Covid-19, Haier mengekalkan tahap pengeluaran normal hasil daripada rantaian bekalan globalnya yang mantap dan respons pantas terhadap wabak berkenaan. Dengan sistem operasi dan pembekal antarabangsa yang lengkap, selain sumber pembekal yang mencakupi benua Amerika, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Eropah, Haier memenuhi 99.8% pesanan sepanjang Februari 2020, dengan 60% produk yang dikeluarkan di kilang-kilang tempatan di luar negara. Sementara itu, pasukan logistic Haier memantau dengan teliti perubahan dalam pelaburan global dan makluman dasar perkapalan serta menyelaraskan rancangan sumber dan logistik sewajarnya bagi memastikan penghantaran semua pesanan yang tepat pada masanya.

Sejak 17 Februari, semua kilang domestik Haier – kecuali tiga di Wuhan – telah menyambung semula pengeluaran dengan langkah-langkah ketat tambahan bagi mencegah dan mengawal penularan wabak tersebut, selain daripada langkah-langkah yang dicadangkan oleh kerajaan Cina. 10 taman perindustrian Haier telah diiktiraf oleh kerajaan tempatan dan tujuh telah ditonjolkan oleh media Cina sebagai contoh utama atas kerja-kerja perlindungan dan pencegahan wabak mereka. Setakat 25 Februari, tiga kilang Wuhan juga telah dibuka semula dengan langkah-langkah yang sama ditetapkan bagi memastikan pekerja selamat.

Selain daripada pembukaan semula kilang, pembekal domestik utama Haier menyambung semula operasi perniagaan normal secara berperingkat-peringkat. Setakat ini, lebih daripada 90% pembekal telah membuka semula pintu mereka dengan 80% kadar penyambungan semula kerja dan kadar jaminan sebanyak 95%. Kadar jaminan dijangka mencapai 100% menjelang akhir Februari ini.

Lanjutan kepada rantaian bekalan globalnya, Haier telah dapat mengurangkan kesan Covid-19 lantaran penerimaan awal pembuatan pintar olehnya. Dalam 122 kilangnya, Haier telah mengintegrasikan pelbagai proses pengeluaran automatik termasuk pengotakan dan penyarungan automatik, pembungkusan dan pelekatan peti sejuk, selain proses khusus-produk untuk perkakas mencuci dan penyaman udara.

Lima sektor daripada Haier Smart Home juga telah memperkenalkan 108 tertib pengeluaran fleksibel menggunakan penyelesaian pengautomatan bersepadu dan mengaplikasikan teknologi pintar seperti AI, analisis data raya, 5G dan AR bagi membantu menjalankan pelbagai tugasan kilang, termasuk pemeriksaan produk visual untuk peti sejuk, mengukur hingar daripada mesin basuh, mengesan bunyi ganjil dalam penyaman udara, penyelenggaraan alat jarak jauh terbantu-AR dan banyak lagi. Proses dan teknologi pembuatan pintar ini membolehkan Haier untuk meneruskan pengeluaran normal dan logistik semasa wabak ini, selain meningkatkan kecekapan talian keseluruhan dan mengurangkan pusing ganti kakitangan.

Foto – https://photos.prnasia.com/prnh/20200228/2733797-1?lang=0

Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail

Source: PRNEWSWIRE