
Qualcomm Kongsi Rakaman Video Pertama 8K Daripada Chipset Snapdragon 865
Qualcomm telah muncul dengan chipset kelas perdana menerusi Snapdragon 865 pada Disember lalu. Ramai yang bertanya mengenai kualiti dan keupayaan chipset daripada segala aspek. Terkini, Qualcomm dilihat berkongsi rakaman pertama video 8K yang direkodkan menggunakan peranti “prototaip” dikuasakan oleh chipset berkenaan.
Snapdragon 865 dikatakan berupaya merakam video 8K dengan Spectra 480. Computer Vision-Image Signal Processor (CV-ISP) membolehkan pemprosesan 2 gigapixel sesaat dengan video 8K yang memaparkan 33MP setiap bingkai. Sebagai contoh, video di bawah ini ditembak 4320p menggunakan peranti “prototaip” Snapdragon 865 dengan lensa Sony IMX586.
Selain itu, chipset ini juga berupaya merakam gerakan perlahan 960fps, rakaman gambar 200MP dan video HDR 4K dengan tangkapan foto 64MP. Korang okay ke? Kongsikan pendapat dengan kami dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

